3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang
yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan
pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak
diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya
dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan
ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai
daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu
yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain,
supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada
percakapannya (ilmunya).
Ibu bapa digalak hidupkan budaya ilmu, akhlak baik dalam kehidupan anak
Musim
cuti sekolah sudah tiba, yang paling seronok ialah anak-anak kita. Cuti
panjang hadir selepas anak-anak bertungkus lumus menghadapi sesi
pengajian, peperiksaan dan kokurikulum yang diwajibkan.
Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara daripada alam
persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku
sekolah, mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran
sepanjang tahun.
Cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok
dan melupakan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah mengambil
peluang ini untuk mengatur program bermanfaat untuk anak-anak.
Tentunya bercuti adalah terapi paling mujarab untuk
menghilangkan segala tekanan dihadapi setiap pelajar. Sebenarnya sebagai
ibu bapa, seharusnya kita mengajar anak-anak kita supaya menggunakan
masa dengan bijak.
Cuti sekolah bukan semata-mata untuk
berseronok dan melupakan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah
mengambil peluang ini untuk mengatur program bermanfaat untuk anak-anak.
Rancang aktiviti untuk anak
Jadilah ibu bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak.
Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak dengan
sebaik-baiknya. Jangan biarkan mereka sendiri menguruskan masa cuti
tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu bapa kerana dalam
usaha kita membina insan cemerlang, maka setiap masa itu perlulah
dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Dalam proses ini kesepaduan peranan pihak pemerintah, pihak
sekolah dan ibu bapa mestilah saling bekerjasama dan mengambil
tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Firman Allah SWT dalam surah
at-Tahrim ayat 6, maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri
kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakar dari
manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Dengan
demikian mimbar menasihatkan jemaah sekalian bahawa dalam tempoh
kritikal ini, awasilah dan pantau apa yang mereka lihat serta tidak
mengelak daripada tanggungjawab mendidik anak-anak walau apa juga
sekalipun dan jadilah model ikutan terbaik untuk anak-anak kita.
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qardawi, kesan paling menonjol akibat
kelemahan kualiti keibubapaan hari ini ialah apabila tercabutnya akhlak
mulia anak-anak yang memudahkan mereka terdedah dalam krisis gejala
sosial.
Pencapaian prestasi anak kita dalam pelajaran
bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa
sendiri. Dalam hal ini ibu bapa perlulah membudayakan ilmu dan akhlak
dalam kehidupan seharian anak-anak.
Petunjuk tentukan hala tulu
Dalam menjamin keberkesanan fungsi ibu bapa menentukan kejayaan
pendidikan anak, maka mimbar menasihatkan ibu bapa sekalian menetapkan
beberapa petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan
yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:
* Memastikan anak-anak menunaikan solat fardu lima waktu kali sehari
secara konsisten sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis
diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Latih dan didiklah anak kamu
menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukul mereka
ketika mereka berumur 10 jika mereka enggan menunaikan sembahyang dan
pisahkan tempat tidur mereka.”
Sebagai bapa, berusahalah untuk
berjemaah bersama anak dan jadilah imam ketika bersolat agar terserlah
kepemimpinan kita sebagai ketua keluarga seterusnya dapat memantau
kualiti solat anak dan mengukuhkan ikatan kasih sayang dengan mereka.
* Memastikan anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari.
* Memastikan anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi
keperluan vitamin. Waktu makan juga boleh dimanfaatkan untuk mendidik
anak agar berdisiplin, beradab sopan dan berakhlak mulia seperti membaca
doa sebelum makan, memberi sebahagian lauk kepada adik beradik yang
makan bersama, mengambil makanan sedikit demi sedikit, mengelakkan sifat
tamak dan menunggu ibu bapa sebelum makan.
* Menyemak buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran.
* Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak.
* Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan guru kelas
sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi
mendapat maklum balas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak
ketika berada di sekolah.
Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh
mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita sudah
menunaikan kewajipan dan hak anak apabila mereka dihantar ke sekolah.
Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan
hidup selesa pada masa akan datang.
Tanggungjawab kita juga
memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang
kuat. Sebagai ibu bapa, kita digalakkan sentiasa berdoa untuk
kesejahteraan anak, kerana doa ibu-bapa boleh menyebabkan kehidupan anak
dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada segala bencana.