Daripada Jabir r.a
katanya, dia mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Bukan amal seseorang
yang memasukkannya ke
syurga atau melepaskannya
dari neraka, termasuk juga aku,
tetapi ialah semata-mata
rahmat Allah S.W.T belaka ”
(Riwayat Muslim)
Allah S.W.T. berfirman:
"..bertaqwalah
kepada Allah supaya
kamu beroleh rahmat"
(Al-Hujuraat: 10)
“Sesungguhnya
rahmat Allah itu
dekat kepada orang muhsinin
(orang yang memperbaiki
amalannya).”
(Surah al-A’raf: 5)
"Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau
memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami
limpah
rahmat dari sisiMu,
sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya."
(Ali 'Imraan: 8)
"Dan berdoalah
(wahai Muhammad
dengan berkata):
"Wahai
Tuhanku,
berikanlah ampun dan
kurniakan rahmat, dan
sememangnya Engkaulah
sahaja sebaik-baik
Pemberi rahmat!"
(Al-Mu'minun: 118)
“Ya Allah ya Tuhan kami,
rahmat-Mu yang
sentiasa
aku harapkan, kerana itu
janganlah Engkau serahkan
urusanku kepada
diriku sendiri
meskipun sekelip mata,
perbaikilah urusanku,
tiada Tuhan yang
berhak disembah
melainkan Engkau.”
(Riwayat Ahmad, no. 20447,
Ibn Abi Syaibah,
no. 29154,
al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad,
no. 701, Abu Daud, no. 5090, al-Tayalisi,
no. 869 dan al-Nasai’I
dalam al-Kubra, no. 10487)
Menurut Abu
Daud,
Nabi s.a.w. mengajar
umatnya apabila
menghadapi kesukaran
agar
mengamalkan doa ini.
(Riwayat Abu Daud, no. 5092)
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 31.
No comments:
Post a Comment