Tuesday, September 30, 2014
Saturday, September 27, 2014
Thursday, September 25, 2014
Doa adalah ibadah :)
ALLAH SWT berfirman bermaksud :
“Wahai
hamba-hamba-Ku, seandainya orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian
serta semua daripada kalangan jin dan manusia berdiri di atas dataran yang
sama, lalu mereka semua memohon kepada-Ku, kemudian Aku penuhi setiap
permintaannya, maka hal itu tidak akan mengurangi apa yang ada di sisi-Ku,
melainkan hanya seperti air melekat pada jarum jika dimasukkan ke dalam
lautan.”
(HR Muslim)
Hadis di atas menjelaskan kekayaan dimiliki ALLAH. Dia berasa
malu sekiranya Dia tidak memberi kepada seorang hamba yang menadahkan kedua
tangan lalu berdoa kepada-Nya. Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya ALLAH AZZA WA
JALLA malu jika seorang hamba menadahkan kedua tangannya untuk meminta kebaikan
kepada-Nya, lalu ditolaknya dengan sia-sia.”
(sahih, HR Ahmad)
ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu
menganjurkan agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya, “....Dan Tuhan
kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan
kamu.”
(Surah Ghafir:60)
Doa boleh diterima dan ditolak. Syarat doa diterima dan
dikabulkan adalah dengan ikhlas memohon kepada-Nya dan mengikuti petunjuk
(sunnah) Nabi SAW. Petunjuk Nabi SAW dalam berdoa sangat mudah untuk
dipraktikkan.
Mulakan doa dengan pujian kepada nama-nama ALLAH
contohnya ar-Rahman, ar-Rahim. Atau dengan kata nama lain bertawassul dengan
nama-nama ALLAH. Kemudian selawat kepada Nabi SAW.
Kita juga mestilah berdoa dengan penuh keyakinan, bersungguh-sungguh dan
tidak leka. Berdasarkan kepada hadis riwayat at-Tirmidzi Nabi SAW bersabda:
“Berdoalah kepada ALLAH dalam keadaan engkau yakin doamu akan dikabulkan dan
ALLAH tidak menerima doa dari hati yang lalai.”
Nabi SAW mengingatkan kita tentang mengapa doa ditolak oleh
ALLAH:
“Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia
tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan
tidak tergesa-gesa.”
Seorang sahabat bertanya;
‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan
tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila orang yang
berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga
dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.”
(HR
Muslim)
Bersangka baik kepada ALLAH itulah yang utama, ALLAH-lah
berkuasa mutlak memakbulkan doa dan Dia telah menetapkan beberapa syarat, namun
Dia juga tidak memungkiri janji setiap doa akan dikabulkan selagi mana menepati
syarat-syaratnya.
ALLAH memberi amaran kepada hamba-Nya agar tidak terjerumus
dalam kancah syirik dalam doa, firman-Nya:
“Dan janganlah engkau (wahai
Muhammad) menyembah (atau memohon) yang lain daripada ALLAH, yang tidak dapat
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat
kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat
itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri
sendiri dengan perbuatan syirik itu).”
(Surah Yunus:106)
Sabda baginda SAW diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi:
“Doa
adalah ibadah,”
yang memberi pengertian bahawa doa khusus untuk ALLAH
semata-mata.
Bicara Agama :)

SUATU ketika ahli Kufah mengadukan perihal Saad bin Abi Waqqas kepada Khalifah Umar. Beliau menceritakan semua keburukannya, termasuk mengatakan bahawa Saad tidak pandai melakukan solat.
Umar lalu memanggil Saad. Beliau berkata: “Wahai Abu Ishaq, orang-orang ini mengatakan bahawa engkau tidak pandai melakukan solat."
Saad berkata: “Aku melakukan solat sepertimana solat Rasulullah SAW. Tidak kurang dan tidak lebih. Dalam solat Isyak, aku memanjangkan dua rakaat yang awal dan memendekkan dua rakaat yang akhir."
Umar berkata: “Begitulah sangkaan saya kepadamu, wahai Abu Ishaq."
Walaupun begitu, Umar tetap mengutus seseorang ke Kufah. Beliau ingin mendapatkan pandangan lebih ramai ahli Kufah berkenaan dengan kepimpinan Saad.
Setiap masjid yang ia masuki, semua memuji Saad. Melainkan sebuah masjid di kawasan Bani Abs. Seorang laki-laki di masjid ini mencela Saad dengan katanya: “Saad tidak pernah keluar berperang, tidak membahagi dengan sama rata dan tidak menghukum dengan adil."
Mendengar tuduhan ini, Saad berkata: “Demi Allah, saya akan berdoa dengan tiga perkara. Ya Allah, jika hamba-Mu ini berdusta dan hanya ingin menunjuk-nunjuk, maka panjangkanlah usianya, kekalkanlah kefakirannya dan perjumpakanlah ia dengan fitnah."
Doa Saad dikabulkan Allah SWT. Laki-laki Kufah itu panjang usia dalam kefakiran dan perilakunya tidak baik.
Abdul Malik bin Umair berkata: Aku pernah melihat orang itu telah gugur bulu keningnya kerana sangat tua. Namun, ia masih suka menggoda anak-anak gadis di tengah jalan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bermula dengan makanan
Antara para sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqqas memang terkenal paling mustajab doanya. Setiap yang beliau minta, Allah SWT selalu segera mengabulkannya. Kisah di atas hanya salah satu daripada sekian banyak peristiwa yang membuktikan kemustajaban doa Saad.
Salah satu rahsia di sebalik kelebihan ini ialah makanan yang selalu terjaga kehalalannya. Seseorang pernah bertanya kepada Saad: “Apa sebab doamu selalu mustajab berbanding para sahabat Nabi yang lain?" Beliau menjawab: “Tidaklah aku memasukkan sesuap makanan ke mulutku, melainkan aku mengetahui daripada asalnya." (Jamik al-Ulum wa al-Hikam)
Kesan makanan sangat erat dengan kebersihan hati. Sebagaimana makanan halal membawa kepada ketenangan ibadah, makanan haram mencipta hijab antara hati seorang hamba dengan tuhannya.
Muhammad bin Dawud Al-Daqqi berkata: “Perut adalah tempat makanan. Jika engkau memasukkan ke dalamnya makanan yang halal, maka akan terbit amal saleh dari semua anggota tubuh. Jika engkau masukkan ke dalamnya makanan yang subahat, maka akan tersamar jalan Allah SWT daripada dirimu. Dan jika engkau memasukkan makanan yang haram, maka hijab akan terbentang antara dirimu dan Allah SWT."
Mari kita teladani Saad bin Abi Waqqas dan pastikan hanya makanan halal yang masuk ke dalam tubuh kita dan ahli keluarga kita.
Wallahu a’lam
Tuesday, September 23, 2014
Saturday, September 20, 2014
Thursday, September 18, 2014
Tuesday, September 16, 2014
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Selamat Hari Malaysia!
Menariknya bumi bertuah bernama Malaysia ini kerana kita menyambut
Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu - iaitu hari pembebasan negara
daripada belenggu penjajah.
Dan hari ini seluruh negara meraikan satu lagi tarikh yang cukup
bermakna iaitu detik penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu
yang memungkinkan kewujudan nama Malaysia.
Tidak kiralah bagaimana cara kita meraikannya, sama ada turut serta
dalam acara sambutan yang dianjurkan, menyaksikan lintas langsung di
kaca televisyen atau mengambil kesempatan daripada cuti umum dengan
keluar beriadah bersama teman dan keluarga mahupun sekadar lepak-lepak
di rumah - yang pastinya kita ialah warga yang merdeka dan bebas berbuat
apa sahaja (asalkan tidak menyalahi undang-undang negara).
Tidak seperti kita, malang bagi rakyat sesetengah negara kerana tidak
mengecap erti merdeka. Penduduk Palestin di Gaza, Rohingya di Rakhine,
Myanmar, etnik Uighur di China dan penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah di
Iraq, ialah antara yang tidak mengenal erti kebebasan hidup sebagai
warganegara.
Tanah air mereka bukan milik mereka. Kampung halaman bahkan rumah
mereka bukan lagi syurga. Ramai yang terpaksa hidup sebagai pelarian di
negara sendiri.
Kita bersyukur kerana selepas 57 tahun merdeka dan 51 tahun membentuk Malaysia, negara tercinta ini terus aman dan makmur di bawah
pemerintahan yang stabil berpayungkan Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun ada episod berdarah yang menggugat keamanan dan kestabilan
negara, Malaysia berjaya membentengi dan mempertahankan ibu pertiwi
daripada terjebak ke kancah pergolakan.
Justeru sebarang anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan negara
baik secara fizikal seperti tragedi Lahad Datu mahupun secara lisan dan
maya seperti cadangan jahat mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia, perlu
ditentang habis-habisan.
Culprit atau pelakunya perlu diheret ke muka pengadilan. Jika
pelakunya rakyat Malaysia, dia ialah pengkhianat negara. Jangan ada pula
sesiapa yang cuba mempertahankan tindakan puak-puak pengkhianat ini.
Soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi apatah lagi diperlekeh dan diperjudikan.
Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab mempertahankan negara
daripada sebarang ancaman. Tidak kiralah dalam bentuk lisan yang cuba
mencemar dan menghina negara termasuk di laman-laman sosial, apatah lagi
secara langsung keluar dari mulut atau dalam bentuk fizikal.
Walau di mana kita berada, jangan malu mengaku sebagai anak Malaysia.
Jangan pula hanya patriotik apabila berada di bumi Malaysia tetapi
menjadi 'kacang lupakan kulit' apabila berada di luar negara.
Seorang teman yang sedang mengembara di benua Eropah meluahkan betapa
sakit hatinya bertemu rakyat Malaysia yang bermastautin di sana, malu
mengaku Malaysian malah berpura-pura pula menjadi warganegara lain.
Selepas puas berborak, terbongkar juga asal-usulnya.
Lebih malang apabila ada rakyat Malaysia yang pergi ke seberang laut
sama ada menyambung pengajian atau bertugas, mengutuk negara 'sampai tak
ingat dunia'. Sedangkan pemergian mereka ke sana adalah atas tajaan
kerajaan mahupun agensi berkaitan.
Tidak kiralah apa pun fahaman politik kita, apa salahnya menunjukkan
kesetiaan sebagai rakyat Malaysia. Bagaimana hendak mempertahankan
negara jika kita sendiri yang sama-sama menjadi 'gunting dalam lipatan'
mencemarkan reputasinya?
Nama Malaysia sejak sekian lama harum di merata dunia sebagai antara
negara yang paling pesat membangun, stabil dari segi sosioekonomi dan
politik selain menjadi negara Islam contoh termasuk kepada negara-negara
Arab.
Jadi kenapa pula kita sebagai rakyat tidak berbangga bahkan lebih jelik mahu menjadi orang yang melempar najis ke rumah sendiri?
Jika bukan kita sebagai warga yang mempertahankan Malaysia, siapa lagi?
Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur baharu hendak
bertindak. Jangan selepas Malaysia hanya tinggal nama baru hendak
menyesal. Ketika itu segalanya sudah terlambat.
Marilah kita memperkuatkan semangat patriotik dan nasionalisme demi ibu pertiwi yang tercinta.
Thursday, September 11, 2014
:)

Ya Allah
Kau murahkanlah rezekiku
Rezeki kedua ibu bapaku
Dan rezeki sekalian
Muslimin dan muslimat
Permudahkanlah segala urusan kami.
Ya Allah
Jadikanlah aku
orang yang sabar
Dan selalu bersyukur pada Mu
Dan tetap berusaha
melakukan yang terbaik
Serta Kau lindungilah
orang-orang yang aku sayang
Dan Kau berkatilah mereka
Kerana aku sayangkan mereka.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)