سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله
وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
رَبِ انِيِ ياَذَا الْصِفاَتِ الْعَاِيَه
قَاِيمُ باِلْفِنَا اُرِيدُ عَطِيهَ
الله..الله..الله..ياالله
تحَتَ باَبِ الرَجَا وَقَفْتُ بِذُلِي
فَاَعْشِنِي باِلقَصْدِ قَبْلَ الَمَنِيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
الله..الله..الله..ياالله
وَالرَسُوْلُ الكَرْيِمُ باَبُ رَجَانِٔي
فَهُوَ جَوْشِيْ وَغُوثُ كُلِ البَرِيَه
الله..الله..الله..ياالله
فَاَغِثْنِيْ بِهِ وَبَلِغْ فُؤَ اَدِيْ
كُلَ ماَ يَرْ تَجِيْهِ مِنْ اُمْنِيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
وَاْجمَعِ الشَمْلَ فِي سرُوْرِ وَنُوْرِ
وَاْبتِهَاجِ بِالطَلْعَةِ اِلهَاشِمِيَه
الله..الله..الله..ياالله
مَعَ صِدْقِ الاِقْبَالِ فِيْ كُلْاِ أَمْرِ
قَدْ قَصَدْنَا وَالصِدْقِ فِي كُلِ نِيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
رَبِ فَا سْلُكْ بِنَا سَبِيْلَ رِجَالِ
سَلَكُوْا فِي التُقَيْ طَرِيْقَأ سَوِيَه
الله..الله..الله..ياالله
وَاهْدِنَا رَبَنَاْ لِمَاْ قَدْ هَدَيِتَ
اَل سَادَةِ العِاْرَفِيْنَ أَهْلَ اَلمِزيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
وَاجْعَلِ العِلْمَ مُقْتَدَانَا بِحُكْمِ
اِل ذَوْقِ فِيْ فَهْمِ سِرِ مَعْنَيْ الَمِعَيه
الله..الله..الله..ياالله
وَاحْفَظِ القَلْبَ اَنْ يُلْمَبِهِ الشَيْ
طَانُ وَالنَفْسُ وَالْهَوَيْ وَالدَنِيَة
الله..الله..الله..ياالله
رَبِ انِيِ ياَذَا الْصِفاَتِ الْعَاِيَه
قَاِيمُ باِلْفِنَا اُرِيدُ عَطِيهَ
الله..الله..الله..ياالله
تحَتَ باَبِ الرَجَا وَقَفْتُ بِذُلِي
فَاَعْشِنِي باِلقَصْدِ قَبْلَ الَمَنِيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
الله..الله..الله..ياالله
وَالرَسُوْلُ الكَرْيِمُ باَبُ رَجَانِٔي
فَهُوَ جَوْشِيْ وَغُوثُ كُلِ البَرِيَه
الله..الله..الله..ياالله
فَاَغِثْنِيْ بِهِ وَبَلِغْ فُؤَ اَدِيْ
كُلَ ماَ يَرْ تَجِيْهِ مِنْ اُمْنِيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
وَاْجمَعِ الشَمْلَ فِي سرُوْرِ وَنُوْرِ
وَاْبتِهَاجِ بِالطَلْعَةِ اِلهَاشِمِيَه
الله..الله..الله..ياالله
مَعَ صِدْقِ الاِقْبَالِ فِيْ كُلْاِ أَمْرِ
قَدْ قَصَدْنَا وَالصِدْقِ فِي كُلِ نِيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
رَبِ فَا سْلُكْ بِنَا سَبِيْلَ رِجَالِ
سَلَكُوْا فِي التُقَيْ طَرِيْقَأ سَوِيَه
الله..الله..الله..ياالله
وَاهْدِنَا رَبَنَاْ لِمَاْ قَدْ هَدَيِتَ
اَل سَادَةِ العِاْرَفِيْنَ أَهْلَ اَلمِزيَه
الله..الله..الله..ياالله
سُبحَانَ الله وَالحَمْدُلله وَلاَاِلَهَ اِلاَ الله
وَاجْعَلِ العِلْمَ مُقْتَدَانَا بِحُكْمِ
اِل ذَوْقِ فِيْ فَهْمِ سِرِ مَعْنَيْ الَمِعَيه
الله..الله..الله..ياالله
وَاحْفَظِ القَلْبَ اَنْ يُلْمَبِهِ الشَيْ
طَانُ وَالنَفْسُ وَالْهَوَيْ وَالدَنِيَة
الله..الله..الله..ياالله
BAGAIMANA
MENJADI
SEORANG GURU YANG
CEMERLANG
Pelbagai istilah yang digunakan oleh para
sarjana Islam mengenai guru. Guru atau pendidik juga dikenali dengan murabbi,
muallim, muaddib, mudarris atau ulama'. Islam memberi penghormatan yang begitu
tinggi kepada para ilmuan kerana mereka bukan sahaja memberi kesedaran pada
diri sendiri, malah juga kepada masyarakat tentang hubungan dengan Allah dan
juga hubungan sesama manusia.
Firman Allah yang bermaksud :
" Sesungguhnya
yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah ulama'.
(Al-Fathir : 28)
Dalil ini membuktikan bahawa golongan ini mempunyai sifat takwa kepada
Allah hasil daripada ilmu yang diwarisi daripada para Nabi. Tugas menyampaikan
ilmu terletak di bahu mereka kepada golongan yang memerlukan ilmu.
Melalui ilmu
inilah dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah dan dapat membezakan
yang hak dan batil. Walau bagaimanapun, sedar atau tidak, pendidik yang
bagaimanakah yang boleh menjadikan tugas mendidik itu boleh mendekatkan manusia
kepada pencipta dan siapa guru yang dianggap cemerlang?
Memang agak sukar untuk
menilai seseorang guru yang dianggap cemerlang. Adakah cemerlang itu dilihat
daripada peratusan kejayaan pelajar-pelajarnya atau cemerlang dinilai dari
aspek kehebatan dalam p&pnya atau dianggap cemerlang kerana hebat dalam
merancang kurikulum?
Pada hemat penulis, kecemerlangan itu bukan dinilai dalam
satu sudut sahaja tetapi penilaian dalam pelbagai sudut. Pandangan penulis,
setiap guru yang ingin menjadi cemerlang, perkara pertama yang perlu
dititikberatkan ialah perlu mengetahui peranannya.
Tugas guru ialah mendidik
dan dalam konteks Islam, tugas mendidik adalah merupakan amanah Allah yang
perlu dipikul. Apabila tanggungjawab ini berjaya dipikul, maka sudah tentu
corak pengajarannya bukan setakat menghabiskan silibus untuk setahun atau
seperti melepaskan batuk di tangga tetapi merancang, mengkaji, menilai dan
menambahkan pengetahuan berkaitan pendidikan untuk anak-anak didik mereka.
Realitinya, ramai pendidik yang tidak faham atau sengaja tidak mahu memahami
konsep amanah yang dipikul dan ini menyebabkan ilmu yang disampaikan tidak
dapat meresap masuk ke dalam sanubari setiap pelajar kerana tidak amanah dengan
Allah.
Amanah bukan setakat untuk pelajar tetapi juga pada diri sendiri kerana
pada penilaian penulis, kebanyakan guru tidak amanah dengan diri sendiri,
bersikap hipokrit, tiada kesedaran agama seperti aurat tidak dijaga, ibadat
kepada Allah tidak sempurna, batas pergaulan tidak berlandaskan keimanan dan
pelbagai lagi.
Justeru itu, guru yang cemerlang perlu memikul amanah Allah
dengan sebaik-baiknya dan berhati-hati dalam merancang kurikulum kerana usaha
ini tidak berakhir di situ sahaja tetapi akan dipersoalkan di akhirat.
Sekiranya ilmu yang disampaikan menyesatkan manusia maka tunggulah habuannya di
akhirat nanti, tetapi sekiranya ilmu yang disampaikan dapat mendidik manusia
maka kebajikan yang akan diperolehi nanti, sebagaimana hadis Rasulullah yang
bermaksud :" Setiap orang dikalangan kamu ada tanggungan di bawahnya,dan
setiap yang ada tanggungan bertanggungjawab terhadap orang di bawahnya".
Selain itu, untuk menjadi guru cemerlang juga perlu mempunyai sifat zuhud.
Zuhud di sini bermaksud menyampaikan ilmu bukan semata-mata untuk kebendaan,
sanjungan atau sebagainya tetapi untuk mencari reda Allah.
Oleh yang demikian,
guru akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. Bahkan,
untuk menjadi guru cemerlang juga memerlukan kepada kebersihan diri iaitu
bersih jiwa daripada kekotoran adat dan syarak seperti tidak bersifat angkuh,
riak, hasad, pemarah dan sebagainya.
Di samping itu juga, pada pandangan
penulis, guru cemerlang perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri. Guru tidak
boleh terlibat dalam hal yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sama ada
dari segi pakaian, perbuatan ataupun percakapan.Oleh kerana itu, guru perlu
pandai mengambil hati orang lain dan bersikap rendah diri dalam pergaulan
kerana masyarakat akan menilai tingkah laku seseorang guru.
Aspek lain, ialah guru
perlu menjadi sebagai bapa. ibu atau sahabat kepada pelajar. Guru perlu
mempunyai perasaan kasih sayang sebagaimana sayang seorang ibu terhadap anaknya
dan memahami keadaan mereka. Pelajar sebenarnya inginkan perhatian ataupun
sebagai kawan yang boleh diajak berbual dan berkongsi cerita.
Kesimpulannya,
ingin menjadi cemerlang memerlukan usaha dan pengorbanan. Apa yang penting,
guru perlu menjaga hubungannya dengan Allah sebaik mungkin, dan sentiasa
menyerah diri kepadaNya. Tugas guru adalah tugas yang mulia dan berbanggalah
menjadi seorang guru kerana dimuliakan Allah dan RasulNya.
No comments:
Post a Comment