Showing posts with label Koleksi Rencana Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Rencana Pilihan. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Peguam Muslim Menulis




Peguam Muslim Menulis: 


Kaedah berkesan didik anak disleksia

 

 

 

Komunikasi guna visual atau gambaran 
bantu kanak-kanak lemah pembelajaran
 
 
 
 
 
Falsafah pendidikan dalam Islam termaktub dalam surah al-Alaq yang mana ia memberi penekanan terhadap pembacaan, penulisan serta pencarian ilmu sebagai fokus utama.
 
 
 


Bersesuaian dengan saranan al-Quran dan hadis meletakkan pendidikan anak sebagai tanggungjawab utama keluarga sementara infrastruktur pendidikan disediakan kerajaan Islam melalui institusi baitulmal. 
 
 


Di negara kita, ada beberapa perundangan menjamin kepentingan kanak-kanak terutama dalam sektor pendidikan. Akta Kanak-Kanak 2001 menggabungkan undang-undang pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. 
 
 
 


Tiada diskriminasi kanak-kanak disleksia
 
 
 
 
Prinsip utama akta ini memastikan tiada diskriminasi terhadap kanak-kanak, menjaga kepentingan mereka serta mengakui kanak-kanak perlu diberi perlindungan dan bantuan khas. Justeru, mereka dapat turut serta menyumbang secara positif kepada pembangunan masyarakat. 
 
 
 

Kita sering melihat iklan menawarkan khidmat pengajaran tambahan untuk anak bagi memastikan mereka mendapat persediaan secukupnya menghadapi peperiksaan besar setiap tahun. 
 
 
 


Iklan itu memberi jaminan kaedah pengajaran mereka mampu menjadikan kanak-kanak biasa lebih cerdik sementara yang cerdik menjadi genius. 
 
 
 


Bagaimanakah nasib kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran? Tiada siapakah yang sudi mengajar mereka dan menjanjikan kaedah yang mampu membantu dalam pelajaran? Mereka juga berhak dilayan seperti kanak-kanak lain dan diberi peluang belajar mengikut tahap kemampuan masing masing. 
 
 
 


Antara golongan mengalami permasalahan dalam pembelajaran adalah kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak disleksia anugerah kepada ibu bapa. Inilah pendirian penting yang patut diambil ibu bapa jika mereka dikurniakan anak disleksia dan ingin melihat anak berjaya. 
 
 
 


Disleksia bukanlah penyakit, tetapi ia dianugerah Allah kepada ibu bapa dan ahli keluarga. Mereka perlu sabar dalam berinteraksi dengan kanak-kanak disleksia. 
 
 
 


Memahami kanak-kanak ini perlu masa lebih panjang untuk berkomunikasi. Masalah memahami komunikasi sering disalahertikan dan dikaitkan dengan tahap kecerdasan otak menyebabkan mereka dianggap sebagai lembab atau pelajar lemah. 
 
 
 


Kanak-kanak disleksia sebenarnya sangat cerdik, hanya kita tidak mahir menggunakan kaedah pembelajaran sesuai dengan keadaan mereka. Kanak-kanak disleksia dilahirkan dengan anugerah otak mereka memproses maklumat secara multidimensi atau secara menggunakan visual. 
 
 
 


Dalam mendidik mereka, kita tidak boleh menggunakan cara biasa, tetapi kita hendaklah menggunakan cara berkomunikasi menggunakan visual atau gambaran mengenai perkara yang ingin kita sampaikan kepada kanak kanak itu. 
 
 
 
 


Sistem pembelajaran sekolah ada menyediakan bantuan khas kepada golongan kanak-kanak ini. Sesetengah sekolah menyediakan kelas khas atau kelas pemulihan serta pengajar yang dilatih untuk membantu golongan berkenaan. 





Namun, infrastruktur sedemikian tidak dapat disediakan di setiap sekolah menyebabkan golongan itu tidak mendapat bantuan sewajarnya. 
 
 
 
 


Sebagai langkah penyelesaian, adalah penting masyarakat sekeliling terutama ibu bapa memahami keistimewaan kanak-kanak disleksia supaya kepentingan kanak-kanak ini tidak terjejas. 
 
 
 


Tenaga pengajar kanak-kanak disleksia perlu menjalani latihan, kaedah serta teknik pengajaran khusus untuk membantu golongan berkenaan. Tambahan pula, teknik pengajaran golongan disleksia adalah teknik didaftarkan di bawah undang-undang hak cipta seperti paten di luar negara. 
 
 
 


Ini menunjukkan kaedah pengajarannya sangat khusus dan seseorang yang ingin belajar kemahiran teknik ini perlu membayar royalti kepada pemilik paten. Seorang guru yang tidak menjalani latihan di bawah paten mungkin tidak mendapat kemahiran sepenuhnya. 
 
 
 


Kita ada membaca keterangan kanak-kanak disleksia dalam kes pasangan suami isteri yang kini sedang melalui perbicaraan di Sweden. Kanak-kanak itu mengatakan dia telah dirotan sebanyak 1,000 kali. 
 
 


Guru perlu faham disleksia
 
 
 
Dalam hal ini, guru yang menerima maklumat itu, jika dia tidak memahami mengenai disleksia, dia tidak akan faham pernyataan sebenar muridnya itu. Ini kerana kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam ‘gambaran’ atau ‘persepsi’. 
 
 
 
 


Pemahaman kanak-kanak itu mengenai konsep ‘banyak kali’ adalah ‘seribu kali’. Apabila kanak-kanak itu menyebut 1,000 kali kemungkinan maksud sebenar ‘banyak kali’. Kurangnya pemahaman ini mungkin akan menimbulkan persepsi salah dan membawa kepada keputusan yang tidak menjamin kepentingan kanak-kanak itu. 
 
 
 
 


Jika kita ingin memastikan hak kanak-kanak disleksia terpelihara, maka semua pihak hendaklah berusaha mendidik diri mereka memahami masalah disleksia supaya dapat menyediakan infrastruktur khas bersesuaian dengan undang-undang Akta Kanak-Kanak yang menekankan kepentingan memelihara kebajikan kanak-kanak. 
 
 
 


Penulis ialah 
Naib Presiden 1 
Persatuan Peguam-Peguam 
Muslim Malaysia 
 
 
 
 
Sumber 

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru .. 2014 :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjt-ixE0zM8iiUR-MF2b3aizin4yzpzISYhcbQigPqZuawvvFAo9EskiboUksv0pUyS7MAVcKx6Ka-ikQ0aW_ii9q7rIMEY-NrSa_NSMQfAFJyJUFk_u6tfw6ImtaxIjMX_t4-Mz6KFDJs/s860/Selamat-Tahun-Baru-2014+(10).jpg


Melayu dan cabaran 2014

 

 

 


Orang Melayu kena bersaing dengan bangsa lain menjadi individu cemerlang
 
 
 
 
 
Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang tetamu yang baharu sebulan menerima status kerakyatan Malaysia dan melepaskan kewarganegaraan Singapura sebaik beliau bersara daripada perkhidmatan awam negara itu walaupun anaknya terus kekal menjadi rakyat Singapura.
Beliau merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga diterima menjadi rakyat Malaysia selepas lebih 50 tahun menjadi rakyat Singapura dan mencurah bakti sebagai seorang pendidik di negara pulau itu. Secara sinis dan sebagai manifestasi kesetiaannya kepada negara baharunya, beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau kini menyokong pasukan Harimau Muda berbanding Young Lions dalam Sukan SEA yang lalu. 
 
 
 
 
 
 

Suara yang berkaitan dengan hak orang Melayu akan terus saja dilabelkan sebagai perkauman sempit, manakala yang berkaitan dengan hak kaum lain akan disifatkan sebagai hak asasi manusia”







Selain mengagumi kemakmuran yang ada dalam negara kita ini, beliau amat berbangga dengan pencapaian negara kita, tetapi melahirkan kebimbangan jika orang Melayu Malaysia terus duduk dalam zon selesa dan hanya mampu menjadi penonton dalam kepesatan pembangunan negara.
 
 
 
 


Kebimbangan yang disuarakan oleh seorang yang pernah menjadi rakyat Singapura terhadap masa depan orang Melayu Malaysia ini sangat berasas dan tidak mustahil nasib Melayu Singapura yang semakin terpinggir akan turut berlaku kepada orang Melayu di negara kita.
 
 
 
 
 


Kedudukan agama Islam dipersoal
 
 
 
 
 

Sejak kebelakangan ini, orang Melayu dan umat Islam kelihatan agak lemas menangani asakan tanpa henti daripada pelbagai disiplin kehidupan. Kelihatan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan sudah mula dipersoalkan mereka yang menuntut kesamarataan agama. 
 
 
 
 
 

Saki-baki hak keistimewaan orang Melayu yang tinggal pula mahu digantikan dengan hak kesamarataan atas alasan keadilan, begitu juga dalam soal pembinaan rumah ibadat. Malah, kalimah Allah yang digunakan secara eksklusif oleh orang Islam di negara ini pun hendak digunakan oleh agama lain.
 
 
 


Senario seumpama ini jelas menekan orang Melayu. Suara yang berkaitan dengan hak orang Melayu akan terus saja dilabelkan sebagai perkauman sempit, manakala yang berkaitan dengan hak kaum lain akan disifatkan sebagai hak asasi manusia. 
 
 
 
 

Terkadang menjadi suatu yang dianggap berdosa hinggakan seseorang boleh kehilangan pangkat dan jawatannya hanya kerana mengingatkan khalayaknya akan sejarah penubuhan negara ini.
 
 
 
 


Sedangkan kita tahu sementara orang Melayu terus mendapat nikmat dalam bumi ini, kaum lain pun turut sama menuai hasil tanpa perlu berasa takut atau dianaktirikan. Tentu saja kita boleh meneliti statistik penganugerahan status warga negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sejak merdeka yang jelas menunjukkan betapa ramai kaum bukan Melayu menikmati anugerah ini.






Melayu kian hilang jati diri
 
 
 
 

Tahun demi tahun, orang Melayu kian hilang jati diri yang menjadi asas keutuhan sesuatu kaum. Tentunya orang Melayu tidak boleh hanya menyalahkan orang lain semata-mata. Orang Melayu perlu segera dikejutkan dan keluar dari zon selesa di tanah air sendiri. Satu masalah lazim yang ada bagi penduduk asal sesebuah negara adalah kegagalan mereka untuk keluar daripada kepompong keselesaan hingga mengakibatkan mereka menjadi lemah. 
 
 
 
 


Apabila kita meneliti satu demi satu peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa tidak ada satu pun dalam peruntukan tersebut merujuk kepada terma Ketuanan Melayu. Apa yang dimaktubkan adalah hak keistimewaan orang Melayu. Sedikit hak keistimewaan yang ada ini sebenarnya sudah mencukupi untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan sebuah bangsa Melayu yang hebat. 
 
 
 
 


Sebaliknya, hak keistimewaan ini tidak boleh lagi menjadi gula-gula bagi memapah bangsa Melayu kerana perlindungan melalui penguatkuasaan perundangan tidak akan selamanya boleh menjadikan bangsa Melayu menjadi bangsa yang kuat. Malah, ia boleh mengakibatkan orang Melayu dilihat sebagai kaum majoriti dengan suara minoriti. 
 
 
 
 


Dalam banyak keadaan, penguasaan ekonomi dan kuasa wang boleh saja meruntuhkan tembok dan pagar yang dibina bagi melindungi orang Melayu apatah lagi kita hidup dalam zaman yang mana kuasa wang diletakkan sebagai keutamaan paling tinggi dalam kehidupan kita.
 
 
 
 


Tetamu itu seterusnya mengingatkan saya bahawa mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Perkara 152 dalam Perlembagaan Republik Singapura menyatakan bahawa hak istimewa orang Melayu yang dirujuk oleh Perlembagaan itu sebagai ‘penduduk asal negara Singapura’ hendaklah dijamin oleh pemerintah negara republik itu. 
 
 
 


Pemerintah Singapura mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk memastikan bahawa orang Melayu sebagai penduduk asal Singapura dapat mempertahan dan meningkatkan kedudukan politik, ekonomi, pelajaran, agama Islam dan sosio budaya kaum Melayu. Sambil mengakui bahawa ia mungkin tidaklah begitu ketara, namun orang Melayu Singapura sehingga kini masih mendapat keistimewaan dalam hal bayaran pelajaran dan beberapa keistimewaan lain.
 
 
 


Melayu kena berusaha untuk bersaing
 
 
 

Sama ada orang Melayu Singapura benar-benar mendapat keistimewaan itu bukanlah persoalan utama, tetapi apa yang penting adalah melalui Perlembagaan itu, sebuah negara yang diperintah oleh pemerintah majoriti kaum Tionghua masih mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal negara berkenaan. Untuk itu, dokumen perundangan tertinggi negara itu memperuntukkan bahawa keistimewaan kepada penduduk asal hendaklah dikekalkan. 
 
 


Bagaimanapun, masa depan orang Melayu Singapura sama juga dengan orang Melayu di Malaysia, bukan lagi ditentukan oleh perlindungan Perlembagaan, tetapi lebih utama adalah cara bagaimana mereka mampu bersaing menjadi individu yang cemerlang dengan bangsa lain.
 
 
 


Segmentasi bangsa masih diperlukan dalam negara kita bagi menentukan status maju mundurnya ekonomi, sosial dan pendidikan warga negaranya. Semua orang yang menerima hidayah Allah boleh memeluk agama Islam, tetapi tidak ada orang yang boleh menjadi Melayu atau Cina atau kaum apa sekalipun. Kita memang ditakdirkan untuk lahir sebagai seorang Melayu. 
 
 


Pengakuan sesuatu bangsa itu sepatutnya tidaklah menjadi halangan untuk kita saling mengenali dan berbaik-baik sesama kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara merdeka, kerajaan perlu mengambil berat agenda pembangunan semua kaum yang ada dalam negara kita.
 
 
 
 
Pada masa sama, potensi yang ada pada setiap warga negara perlu terus diasah tanpa membezakan warna kulit bagi memastikan potensi yang ada dapat membantu menaikkan martabat negara kita. Begitupun, ini bukan pula bermakna bahawa peruntukan yang menjadi teras dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi penting. 
 
 
 


Masalahnya, ialah apabila ada segelintir rakyat yang menjuarai hak sama rata dengan semua kaum sedangkan peruntukan yang khusus berkaitan Melayu dan status Agama Islam seolah-olah dikesampingkan pula. Masanya sudah tiba untuk kita lebih menitikberatkan pemahaman setiap warga negara akan teras pembinaan negara ini.
 
 
 


2013 akan melabuhkan tirainya, manakala 2014 akan menjelma dengan harapan orang Melayu akan bangkit daripada kealpaan lalu bingkas memperkukuhkan penyatuan dalam talian agama Islam tanpa mengira fahaman politik bagi menjadi tiang seri negara ini.
 
 
 


Penulis ialah peguambela dan peguamcara
 
 
 
 
 
Sumber 

Friday, June 7, 2013

Diskriminasi paksa Melayu berubah



Diskriminasi paksa Melayu berubah

 

Oleh NIZAM YATIM

nizam.yatim@utusan.com.my


PERKARA Lapan, Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kesamarataan menyebut tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan dalam mana-mana perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.


Malangnya walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan tertinggi negara, dari segi realiti amalan itu tidak dilaksanakan terutama dalam kalangan syarikat Cina dan syarikat dimiliki pihak asing di negara ini.


Ini terbukti apabila siswazah kaum Melayu yang baru menamatkan pengajian didiskriminasikan semasa mereka memohon pekerjaan di sektor swasta yang sebahagian besar dimiliki kaum lain.


Apa yang dinyatakan ini bukan kata-kata kosong penuh emosional yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ultra-Melayu sebaliknya berasaskan fakta saintifik yang dikumpul hasil kajian lapangan.


Cukup unik, kajian itu dibuat oleh seorang ahli akademik Cina daripada sebuah universiti awam utama negara yang dilaksanakan untuk tujuan kajian ilmiah tanpa sebarang agenda politik.


Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan siswazah kaum Cina lebih berkemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.


Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.


Daripada 3,012 resume yang dihantar untuk 753 pekerjaan kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.


Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu.


Kajian itu melibatkan 439 jawatan kosong di syarikat yang dimiliki kaum Cina, 131 jawatan di syarikat milik asing dan 73 jawatan di syarikat milik Melayu dan selebihnya di syarikat yang dimiliki secara bersama oleh pelbagai kaum.


Dalam erti kata lain, siswazah kaum Cina mempunyai lima kali lebih kemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding siswazah Melayu.
Kajian itu melibatkan siswazah yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.


Menurut kajian itu, siswazah daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.


Sesuatu yang mengejutkan, kajian itu mendapati syarikat milik orang Melayu lebih cenderung mengambil lebih ramai siswazah Cina berbanding siswazah Melayu, walaupun perbezaan bilangan antara siswazah kedua-dua kaum tidak terlalu ketara.


Sebenarnya kajian berkenaan bukanlah kali pertama dibuat kerana beberapa kajian lain yang dibuat sejak 33 tahun lalu juga menghasilkan kesimpulan yang serupa.


Antaranya kajian pada 1980 oleh pakar ekonomi, D. R. Snodgrass yang membuat kesimpulan syarikat yang diterajui kaum Cina kebiasaannya tidak akan menggajikan pekerja Melayu.


Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi dari Norway yang turut terbabit merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB), Tan Sri Just Faaland pada 2003 juga mendapati pendapatan pekerja bumiputera adalah 32 peratus lebih rendah berbanding pekerja Cina.


Kajian lain oleh Chr. Michelsen Institute (CMI) pada 2005 bagi pihak Bank Dunia juga mendapati bukan Cina dihalang daripada bekerja dalam sektor swasta dan sesiapa yang telah bekerja akan mengalami diskriminasi termasuk gaji yang rendah dan payah untuk naik pangkat.
Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia, Branko Milanovic pada 2006 pula mempersoalkan kenapa pekerja Cina menerima gaji lebih tinggi antara 20 hingga 40 peratus walaupun mempunyai kelayakan dan menunjukkan prestasi sama dengan pekerja bumiputera.


Fakta telah dinyatakan dan kita kini ingin bertanya apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu bagi memastikan mereka tidak terus dipinggirkan dalam bidang ekonomi dan sektor pekerjaan swasta di negara sendiri?


Perkara paling mudah adalah membuat desakan supaya tauke Cina menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan memberikan pekerjaan secara sama rata kepada semua etnik. 


Hakikatnya desakan itu telah dibuat sejak kajian Snodgrass didedahkan 33 tahun lalu dan ia tidak pernah diendah oleh tauke-tauke Cina terbabit.
Cara lain seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik Cina yang membuat kajian terbaharu berkenaan adalah supaya kerajaan menggubal Akta Peluang Saksama di sektor swasta dan awam serta menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta berkenaan.


Cadangan lain adalah supaya kerajaan memberikan insentif kepada syarikat yang mempunyai pekerja berbilang kaum yang seimbang.
Selain itu, orang Melayu juga perlu membuang sikap buruk mereka dan hendaklah sanggup belajar nilai etika dan budaya kaum Cina yang telah membuatkan kaum itu berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya masing-masing.


Seperti yang dinyatakan dalam kajian terbaharu tersebut, diskriminasi yang dihadapi siswazah Melayu bukan disebabkan prejudis perkauman sebaliknya faktor-faktor lain.


Walaupun kajian itu tidak menyatakan apakah faktor-faktor berkenaan, komen pelbagai pihak sebelum ini menyatakan ia berpunca daripada persepsi salah bahawa pekerja Melayu tidak sanggup bekerja kuat dan tidak menghayati nilai etika dan budaya yang telah menyebabkan kaum Cina berjaya dalam bidang ekonomi.


Persepsi ini juga berpunca kerana graduan kaum Melayu dianggap berjaya mendapat pendidikan tinggi bukan hasil daripada usaha sendiri sebaliknya kerana sokongan dasar afirmatif seperti DEB.


Sebab itu, kajian terbaharu itu mendapati siswazah Melayu dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang didominasi kaum Cina yang terdedah dengan nilai etika dan budaya kaum berkenaan mempunyai lebih banyak peluang untuk dipanggil temu duga oleh syarikat milik etnik Cina.
Peluang juga lebih cerah jika siswazah kaum Melayu berkebolehan menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina.


Jika sebelum ini orang Melayu begitu ghairah untuk mempelajari nilai etika kerja orang Jepun, kenapa kita tidak mula belajar rahsia kaum Cina yang telah membolehkan mereka berjaya dalam bidang ekonomi dan pekerjaan.


Tidak mustahil pada masa depan orang Melayu akan diberikan kepercayaan untuk menerajui syarikat Cina dan kaum itu menerajui syarikat Melayu.



Ketika itu, kita sudah pasti telah mencapai apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai national reconciliation atau perdamaian kebangsaan.



Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130606/re_02/Diskriminasi-paksa-Melayu-berubah