Saturday, September 27, 2014

Thursday, September 25, 2014

Doa adalah ibadah :)








ALLAH SWT berfirman bermaksud :


 “Wahai hamba-hamba-Ku, seandainya orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian serta semua daripada kalangan jin dan manusia berdiri di atas dataran yang sama, lalu mereka semua memohon kepada-Ku, kemudian Aku penuhi setiap permintaannya, maka hal itu tidak akan mengurangi apa yang ada di sisi-Ku, melainkan hanya seperti air melekat pada jarum jika dimasukkan ke dalam lautan.” 


(HR Muslim)





 

Hadis di atas menjelaskan kekayaan dimiliki ALLAH. Dia berasa malu sekiranya Dia tidak memberi kepada seorang hamba yang menadahkan kedua tangan lalu berdoa kepada-Nya. Sabda Nabi SAW:





“Sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA malu jika seorang hamba menadahkan kedua tangannya untuk meminta kebaikan kepada-Nya, lalu ditolaknya dengan sia-sia.” 

(sahih, HR Ahmad)








ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menganjurkan agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya, “....Dan Tuhan kamu berfirman:





 “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.” 


(Surah Ghafir:60)








Doa boleh diterima dan ditolak. Syarat doa diterima dan dikabulkan adalah dengan ikhlas memohon kepada-Nya dan mengikuti petunjuk (sunnah) Nabi SAW. Petunjuk Nabi SAW dalam berdoa sangat mudah untuk dipraktikkan. 







Mulakan doa dengan pujian kepada nama-nama ALLAH contohnya ar-Rahman, ar-Rahim. Atau dengan kata nama lain bertawassul dengan nama-nama ALLAH. Kemudian selawat kepada Nabi SAW.








 Kita juga mestilah berdoa dengan penuh keyakinan, bersungguh-sungguh dan tidak leka. Berdasarkan kepada hadis riwayat at-Tirmidzi Nabi SAW bersabda:





“Berdoalah kepada ALLAH dalam keadaan engkau yakin doamu akan dikabulkan dan ALLAH tidak menerima doa dari hati yang lalai.”





Nabi SAW mengingatkan kita tentang mengapa doa ditolak oleh ALLAH:


“Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.”






Seorang sahabat bertanya; 

‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.” 

(HR Muslim)






Bersangka baik kepada ALLAH itulah yang utama, ALLAH-lah berkuasa mutlak memakbulkan doa dan Dia telah menetapkan beberapa syarat, namun Dia juga tidak memungkiri janji setiap doa akan dikabulkan selagi mana menepati syarat-syaratnya.








ALLAH memberi amaran kepada hamba-Nya agar tidak terjerumus dalam kancah syirik dalam doa, firman-Nya: 





“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah (atau memohon) yang lain daripada ALLAH, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” 

(Surah Yunus:106)








Sabda baginda SAW diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi:




“Doa adalah ibadah,”
 yang memberi pengertian bahawa doa khusus untuk ALLAH semata-mata.




:)

http://i229.photobucket.com/albums/ee161/zaza4all/islamicblinkies/jumuah15.gif 
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivnzQdUZKBE8AS9oYc2uZGxrZG1ef5aklGp9R9dwc3vZoWo4MGx6_-mgY_nRLr6_qtog8CbuxJpBM4qPKQjWFCWd5lXlVsELJ-naZURLg2PoV2Ov4LAy9QC4vW3LEkAGd4cHHhyNw78hiZ/s640/blogger-image-1704007940.jpghttps://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/1656246_10152203919249907_1064403274_n.jpg

Bicara Agama :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2o4J3PmXffTSPkyUILRjgMcC_vRHOna6k3mcCTpXeFJbOnCXN5tYE3jiQrkRUFkWl1ynqyeI770ty3BFHPPntZZU66ZQs-VEAJKIyQHmAx2cHP4rGOU9srDfF5SP3hJXmJZFEMsFCohH8/s1600/DO'A+MENDAPAT+ILHAM+ATAU+IDEA+YANG+BAIK.JPG




SUATU ketika ahli Kufah mengadukan perihal Saad bin Abi Waqqas kepada Khalifah Umar. Beliau menceritakan semua keburukannya, termasuk mengatakan bahawa Saad tidak pandai melakukan solat.




Umar lalu memanggil Saad. Beliau berkata: “Wahai Abu Ishaq, orang-orang ini mengatakan bahawa engkau tidak pandai melakukan solat."




Saad berkata: “Aku melakukan solat sepertimana solat Rasulullah SAW. Tidak kurang dan tidak lebih. Dalam solat Isyak, aku memanjangkan dua rakaat yang awal dan memendekkan dua rakaat yang akhir."




Umar berkata: “Begitulah sangkaan saya kepadamu, wahai Abu Ishaq."
Walaupun begitu, Umar tetap mengutus seseorang ke Kufah. Beliau ingin mendapatkan pandangan lebih ramai ahli Kufah berkenaan dengan kepimpinan Saad.
Setiap masjid yang ia masuki, semua memuji Saad. Melainkan sebuah masjid di kawasan Bani Abs. Seorang laki-laki di masjid ini mencela Saad dengan katanya: “Saad tidak pernah keluar berperang, tidak membahagi dengan sama rata dan tidak menghukum dengan adil."




Mendengar tuduhan ini, Saad berkata: “Demi Allah, saya akan berdoa dengan tiga perkara. Ya Allah, jika hamba-Mu ini berdusta dan hanya ingin menunjuk-nunjuk, maka panjangkanlah usianya, kekalkanlah kefakirannya dan perjumpakanlah ia dengan fitnah."




Doa Saad dikabulkan Allah SWT. Laki-laki Kufah itu panjang usia dalam kefakiran dan perilakunya tidak baik. 




Abdul Malik bin Umair berkata: Aku pernah melihat orang itu telah gugur bulu keningnya kerana sangat tua. Namun, ia masih suka menggoda anak-anak gadis di tengah jalan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Bermula dengan makanan




Antara para sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqqas memang terkenal paling mustajab doanya. Setiap yang beliau minta, Allah SWT selalu segera mengabulkannya. Kisah di atas hanya salah satu daripada sekian banyak peristiwa yang membuktikan kemustajaban doa Saad.




Salah satu rahsia di sebalik kelebihan ini ialah makanan yang selalu terjaga kehalalannya. Seseorang pernah bertanya kepada Saad: “Apa sebab doamu selalu mustajab berbanding para sahabat Nabi yang lain?" Beliau menjawab: “Tidaklah aku memasukkan sesuap makanan ke mulutku, melainkan aku mengetahui daripada asalnya." (Jamik al-Ulum wa al-Hikam)




Kesan makanan sangat erat dengan kebersihan hati. Sebagaimana makanan halal membawa kepada ketenangan ibadah, makanan haram mencipta hijab antara hati seorang hamba dengan tuhannya. 




Muhammad bin Dawud Al-Daqqi berkata: “Perut adalah tempat makanan. Jika engkau memasukkan ke dalamnya makanan yang halal, maka akan terbit amal saleh dari semua anggota tubuh. Jika engkau masukkan ke dalamnya makanan yang subahat, maka akan tersamar jalan Allah SWT daripada dirimu. Dan jika engkau memasukkan makanan yang haram, maka hijab akan terbentang antara dirimu dan Allah SWT."



Mari kita teladani Saad bin Abi Waqqas dan pastikan hanya makanan halal yang masuk ke dalam tubuh kita dan ahli keluarga kita. 



Wallahu a’lam


  animation of flower animation of flower

Tuesday, September 16, 2014

:)



 http://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i/keep-calm-and-zikir-daily.png

Saya anak Malaysia!



http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.80262.1378548033!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/p/albums/slider/harimalaysia2014_1.jpg 
http://kathmandu.im/wp-content/uploads/2011/10/Malaysia-Flag.png

Saya anak Malaysia! 

Selamat Hari Malaysia!





Menariknya bumi bertuah bernama Malaysia ini kerana kita menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu - iaitu hari pembebasan negara daripada belenggu penjajah.



Dan hari ini seluruh negara meraikan satu lagi tarikh yang cukup bermakna iaitu detik penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu yang memungkinkan kewujudan nama Malaysia.



Tidak kiralah bagaimana cara kita meraikannya, sama ada turut serta dalam acara sambutan yang dianjurkan, menyaksikan lintas langsung di kaca televisyen atau mengambil kesempatan daripada cuti umum dengan keluar beriadah bersama teman dan keluarga mahupun sekadar lepak-lepak di rumah - yang pastinya kita ialah warga yang merdeka dan bebas berbuat apa sahaja (asalkan tidak menyalahi undang-undang negara).



Tidak seperti kita, malang bagi rakyat sesetengah negara kerana tidak mengecap erti merdeka. Penduduk Palestin di Gaza, Rohingya di Rakhine, Myanmar, etnik Uighur di China dan penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah di Iraq, ialah antara yang tidak mengenal erti kebebasan hidup sebagai warganegara.



Tanah air mereka bukan milik mereka. Kampung halaman bahkan rumah mereka bukan lagi syurga. Ramai yang terpaksa hidup sebagai pelarian di negara sendiri.
Kita bersyukur kerana selepas 57 tahun merdeka dan 51 tahun membentuk Malaysia, negara tercinta ini terus aman dan makmur di bawah pemerintahan yang stabil berpayungkan Perlembagaan Persekutuan.



Walaupun ada episod berdarah yang menggugat keamanan dan kestabilan negara, Malaysia berjaya membentengi dan mempertahankan ibu pertiwi daripada terjebak ke kancah pergolakan.



Justeru sebarang anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan negara baik secara fizikal seperti tragedi Lahad Datu mahupun secara lisan dan maya seperti cadangan jahat mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia, perlu ditentang habis-habisan.



Culprit atau pelakunya perlu diheret ke muka pengadilan. Jika pelakunya rakyat Malaysia, dia ialah pengkhianat negara. Jangan ada pula sesiapa yang cuba mempertahankan tindakan puak-puak pengkhianat ini.



Soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi apatah lagi diperlekeh dan diperjudikan. 



Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang ancaman. Tidak kiralah dalam bentuk lisan yang cuba mencemar dan menghina negara termasuk di laman-laman sosial, apatah lagi secara langsung keluar dari mulut atau dalam bentuk fizikal. 



Walau di mana kita berada, jangan malu mengaku sebagai anak Malaysia. Jangan pula hanya patriotik apabila berada di bumi Malaysia tetapi menjadi 'kacang lupakan kulit' apabila berada di luar negara. 



Seorang teman yang sedang mengembara di benua Eropah meluahkan betapa sakit hatinya bertemu rakyat Malaysia yang bermastautin di sana, malu mengaku Malaysian malah berpura-pura pula menjadi warganegara lain. Selepas puas berborak, terbongkar juga asal-usulnya.



Lebih malang apabila ada rakyat Malaysia yang pergi ke seberang laut sama ada menyambung pengajian atau bertugas, mengutuk negara 'sampai tak ingat dunia'. Sedangkan pemergian mereka ke sana adalah atas tajaan kerajaan mahupun agensi berkaitan.



Tidak kiralah apa pun fahaman politik kita, apa salahnya menunjukkan kesetiaan sebagai rakyat Malaysia. Bagaimana hendak mempertahankan negara jika kita sendiri yang sama-sama menjadi 'gunting dalam lipatan' mencemarkan reputasinya?



Nama Malaysia sejak sekian lama harum di merata dunia sebagai antara negara yang paling pesat membangun, stabil dari segi sosioekonomi dan politik selain menjadi negara Islam contoh termasuk kepada negara-negara Arab.



Jadi kenapa pula kita sebagai rakyat tidak berbangga bahkan lebih jelik mahu menjadi orang yang melempar najis ke rumah sendiri?



Jika bukan kita sebagai warga yang mempertahankan Malaysia, siapa lagi?
Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur baharu hendak bertindak. Jangan selepas Malaysia hanya tinggal nama baru hendak menyesal. Ketika itu segalanya sudah terlambat.


Marilah kita memperkuatkan semangat patriotik dan nasionalisme demi ibu pertiwi yang tercinta.








 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.80262.1378548033!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg

Thursday, September 11, 2014

:)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs0sYOc8FJI3KTfuHuyQ8MONus35sC0ne4Ys9u8ZUZpkTwRPAVV39yPQnLuLqGlRZtOHJ-Ow1Rpz71zOTKGKISJ_c4MtBAT6wwM-FLBaJT8IkT7WvEPWY5suGEB3npRiYDMpS8kQrfvVo/s1600/537336_10152757193465440_1505157015_n.jpg
http://fc01.deviantart.net/fs71/i/2012/008/8/f/instead_of_complaining__say_alhamdulillah_by_shashahaqifaify-d4lp5ng.jpg 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjytoLzg4SnOQbvRx1Z3SvgiOVDDyktioyVNodeVQ1gZMtArJK8f0xtJ8TAlGLiXoPAOhYh9pml8QKwfW3cAwR1F0bJmibUqqqFZAFRMcM-tVFO6SOnOBwhL4WfkuPTvvI77GC3w8FmVTwH/s1600/kelebihan+hari+jumaat.jpg 

Ya Allah

Kau murahkanlah rezekiku

Rezeki kedua ibu bapaku

Dan rezeki sekalian 
Muslimin dan muslimat

Permudahkanlah segala urusan kami.

Ya Allah

Jadikanlah aku 
orang yang sabar

Dan selalu bersyukur pada Mu

Dan tetap berusaha
 melakukan yang terbaik

Serta Kau lindungilah 
orang-orang yang aku sayang

Dan Kau berkatilah mereka

Kerana aku sayangkan mereka.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.