Wednesday, June 19, 2013

Friday, June 14, 2013

CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF



CIRI-CIRI TINGKAHLAKU
 KANAK-KANAK HIPERAKTIF
 
http://trixmu.com/wp-content/uploads/2013/02/anak-yang-hiperaktif-150x150.jpg
 
Terdapat pelbagai ciri-ciri yang telah dikenalpasti.
 
 
 Ciri-cirinya adalah :

 Suka memberontak

 Bertindak sebelum berfikir

 Memerlukan kepuasan dengan segera

 Tidak boleh menunggu giliran

 Suka mengganggu kawan

 Suka mencuri

 Sentiasa bermasalah

 Selalu merosakkan harta benda orang

 Selalu bergaduh dengan rakan

 Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain

 Suka membuat bising

 Perlakuan secara tiba-tiba

 Degil dan sukar dikawal

 Lemah merancang

 Perlukan perhatian yang lebih

 Tidak suka dengar nasihat

 Tidak tahu mempertahankan diri

 Selalu tukar aktiviti

 Tidak suka dibelai

 Suka menjerit

 Sensitif terhadap bau-bauan

 Suka bermain tanpa mengira bahaya.
 
 
 

Sumber : Nota KBK 3073
 
 
 
http://aaxu.files.wordpress.com/2008/02/cover-buku-anak-hiperaktif.jpg

DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF

ADHD
DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF
(Attention Deficit Hyperactive Disorder )

 
 
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) adalah
 istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja 
yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif
dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan 
hubungan peribadi di sekolah dan ditempat kerja. Kesukaran ini mungkin
 disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak
 memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).
 
 

Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam 
Natural Treatments for ADD and
 Hyperactivity, bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya
 berterusan  bergerak dan berterusan mengganggu. 
Pemikiran merawang  dan mengembara kerana rangsangan
 yang ada. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk 
menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala
tugasan. ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan 
mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka. 
Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical Manual–US), 
hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun,
 berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah
 tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, 
tumpuan yang singkat, pergerakan tangan dan kaki yang kerap,
 menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik 
(American Psychiatic Association, 1987). Selain itu, menurut 
Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah  kanak-kanak yang mempunyai
 kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya 
kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan
 tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar.
 
 
 

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan
 kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan 
perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai
 ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih 
kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan 
pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa
 dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang,
 lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. 
Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) 
digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk 
menggambarkan masalah yang lebih serius dan 
berpanjangan pada kanakkanak.
 
 

Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali
 jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori
 kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam
golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan
 mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti
 kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. 

 

 
Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan
 untuk menggambarkan ADHD. Justeru itu, kanak-kanak ADD
 tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan
di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan
 dapat di kawal oleh guru.


http://oze.my/memoplusgold/wp-content/uploads/2012/11/14220358_s.jpg


Sumber : Nota KBK 3073

Ktbh AAM; KELEBIHAN SYA'BAN; Antara Amalan & Fadhilat Yang Sahih dan Palsu.

PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN


PENDIDIKAN YANG
 DISARANKAN  UNTUK MURID 
PELBAGAI KECACATAN


a.Kurikulum secara individu dan bermakna

 
Kurikulum bermakna adalah sangat sesuai dibekalkan kepada 
setiap murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai kerana
 bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi dan tahap
untuk mencapai matlamat tersebut. Walaubagaimanapun, 
kurikulum ini secara kronologinya mestilah bersesuaian dengan 
tahap umur dan tahap pembangunan latihan yang bersesuaian.


Oleh itu, strategi dan aktiviti perlu dirancang dan direka untuk
 meningkatkan langkah-langkah pembelajaran murid-murid.
 Contohnya; murid yang berumur lima belas tahun mempunyai
pengalaman dan belajar jenis permainan di tahap usia remaja 
bukan tahap murid-murid pra sekolah, walaupun tahap kemahiran murid-murid
 tersebut adalah di tahap kanak-kanak pra sekolah (Heller, 2005)



b.Membuat kurikulum teras yang bermakna



Murid-murid pelbagai kecacatan memerlukan kepada pengalaman 
kurikulum yang sama dengan rakan yang tidak cacat yang lain. 
(Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001). Tanpa pendedahan 
tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik 
dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. 
Bagi menentukan kurikulum yang bermakna dibina
kepada murid-murid tersebut, kumpulan dan pengamal pendidikan 
khususnya dalam pendidikan khas perlu bekerjasama untuk 
mencapai matlamat dan objektif dengan menganalisis 
aktiviti kurikulum yang sesuai.



c.Pendekatan pendidikan kolaborasi (Kerjasama)


Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting
 dalam pendidikan khas. Bagi murid yang mengalami kecacatan
 pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional adalah amat
penting dan perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan terkini.






d.Penglibatan keluarga yang aktif




Perkara yang paling penting dalam program pendidikan biasanya

 melibatkan ahli keluarga. Keluarga merupakan orang yang penting
 dalam pembangunan program individu yang berkesan
kerana merekalah yang paling rapat dengan murid-murid tersebut dan 

mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku mereka.




 STRATEGI MEMASTIKAN KEMAJUAN
 MURID PELBAGAI KECACATAN



Dalam memastikan kejayaan dalam kurikulum, terdapat 
lima perkara yang berkaitan dengan kejayaan penyertaan iaitu :




 Kolaborasi bersama dengan guru dan ibu bapa di dalam bilik darjah.




 Mengajar dengan kemahiran yang baru di dalam pendidikan.




  Menerapkan nilai-nilai persahabatan di kalangan ali keluarga
 yang terlibat dan kanakkanak berkenaan.



 Memberi galakan yang positif kepada murid tanpa mengambi

 kira kecacatan yang mereka alami.




 Mengadaptasikan murid-murid dengan kurikulum yang bermakna






Strategi dan modifikasi






Antara strategi yang perlu dilakukan bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai
ialah :




 Intervensi awal adalah diperlukan – intervensi ini perlu dilakukan dengan cepat iaitu
sewaktu kanak-kanak memulakan persekolahan.




 Penglibatan ahli professional, contohnya ahli terapi, terapi bahasa dan pertuturan, psiko
terapi dan pakar-pakar berkaitan.




 Pendekatan kumpulan di peringkat sekolah yang melibatkan agensi luar atau
perhubungan komuniti.




 Pengurusan fizikal di dalam kelas yang memerlukan penyesuaian diri kanak-kanak yang
baik. Menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang canggih.




 Integrasi bersama rakan sebaya adalah amat penting dalam membantu proses
pembangunan sosial kanak-kanak kecacatan pelbagai. Adalah amat penting untuk
mengintegrasikan kanak-kanak ini sekerap yang mungkin.





 Penyelidikan dibuat untuk menandakan murid tersebut menghadiri di dalam komuniti
sekolah dan melibatkan diri dalam aktiviti yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Ini
merupakan proses pembinann kemahiran social dan boleh ditingkatkan.




 Memastikan murid-murid kecacatan pelbagai mempunyai rasa hormat dan menjadi
tanggungjawab guru untuk mengajar dan menanam rasa hormat kepada murid-murid di
dalam kelas




 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu dirancang dengan sistematik dan perlu
diubah mengikut pencapaian murid tersebut




 Rancangan keselamatan perlu dibina dan selalaunya termasuk di dalam Rancangan
Pengajaran Individu (RPI)




 Penjagaan yang rapi diperlukan sekiranya berlaku di luar jangkaan
dan bagi

memastikan keadaan murid-murid sentiasa terkawal.



Sumber : Nota KBK 3073
 
 
 

DEAFBLINDNESS



DEAFBLINDNESS


Deafblindness adalah kombinasi antara masalah penglihatan
 dengan masalah pendengaran. Jarang keadaan berlaku di mana
 individu deafblindness buta sepenuhnnya dan pekak sepenuhnya.
 Deafblindness berlaku kepada tiga daripada 100,000 kelahiran. 
Kanak-kanak deafblindness termasuklah kanak-kanak yang menghidap 
retinophaty of prematurity (masalah retina akibat pramatang) dan mengalami
 kehilangan pendengaran akibat meningitis. Terdapat juga individu 
deafblindness yang memang dilahirkan pekak dan mempunyai masalah
penglihatan akibat rentitis pigmentosa (Julia Jantan et.al, 2009).


Deafblindness tidak bermaksud pekak sepenuhnya 
atau buta sepenuhnya. Mereka masih lagi mempunyai 
sisa penglihatan  atau sisa pendengaran. Keadaan deafblindness 
mempengaruhi kehidupan seseorang individu bergantung kepada 
tiga perkara iaitu jenis dan tahap kebutaan dan kepekakan, 
umur ketika kehilangan penglihatan dan pendengaran serta
kehadiran kecacatan yang lain. Secara umumnya, boleh dikatakan
 bahawa deafblindness adalah keadaan di mana seseorang individu 
mengalami masalah untuk mendapat maklumat
secara visual dan auditori.


Menurut Hallahan 2003, individu deafblindness mempunyai 
ciri-ciri yang sama berkaitan pembelajaran dan interaksi iaitu 
mereka suka menyendiri, terlalu fokus kepada sesuatu perkara
sahaja atau sibuk memikirkan atau mengambil berat tentang diri
 mereka sahaja, mereka perlu untuk berasa selamat, mempunyai masalah 
dalam perkembangan dan memahami konsep,bermasalah dalam berkomunikasi
 dan berinteraksi dengan orang lain, memerlukan pengubahsuaian yang 
spesifik untuk membantu dalam pembelajaran dan berinteraksi dengan
dunia luar dan mereka mendapat faedah daripada
 arahan yang sistematik dan rutin.  Manakala menurut Richard (2003),
  sebenarnya terdapat  banyak sebab boleh terjadinya deafblindness.

Penyebab kepada deafblindness boleh dikategorikan kepada dua 
keadaan iaitu diperolehi selepas kelahiran dan keadaan kongenital 
(sejak dilahirkan).

a. Diperolehi selepas kelahiran

Keadaan deafblindness boleh terjadi selepas kelahiran berlaku
 pada pelbagai peringkat umur. Kebanyakan daripada mereka 
mengalami masalah pendengaran dan penglihatan selalunya
mempunyai kedua-dua deria tersebut. Deria-deria tersebut 
menghadapi masalah kerana penyakit, kecederaan atau f
aktor umur. Individu yang mengalami keadaan ini selalunya dapat
menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran 
yang pernah mereka alami. Kadangkala individu dilahirkan dengan 
cacat pendengaran dan memperoleh cacat penglihatan
akibat daripada glukoma atau katarak dan sebaliknya.

b. Kongenital (sejak dilahirkan)

Kongenital adalah keadaan di mana kanak-kanak dilahirkan
 dengan kedua-dua kecacatan penglihatan dan pendengaran. 
Keadaan ini berlaku kerana jangkitan semasa dalam kandungan
seperti rubela, sindrom down dan pengambilan dadah oleh ibu.



Terdapat beberapa ciri kanak-kanak deafblindness 
yang mempunyai kesan ke ataspembelajaran mereka. 
(Jamila Mohamed, 2006). 
Antara kesan ke atas pembelajarannya adalah:

i. Kesukaran dalam berkomunikasi.

Guru-guru perlukan pendekatan yang berlainan dalam
 mengajar kanak-kanak deafblindness kerana mereka
 tidak boleh mendengar dan melihat.

ii. Persepsi yang terhad.

Mereka mengalami kesukaran untuk mengaitkan dan
 menggambarkan sesuatu keadaan. Dalam erti kata lain 
mereka sukar untuk mempelajari konsep.

iii. Jangkaan.

Kesukaran dalam menjangkakan apa yang akan berlaku
 seterusnya kerana mereka tidak terdengar dan tidak terlihat 
sebarang kiu yang diberikan oleh guru.

iv. Motivasi.

Faktor motivasi tidak dapat diberikan kerana motivasi
 tersebut tidak dapat didengar dan dilihat. Pembelajaran berkait.
Tidak mampu mengaitkan antara satu perkara
 dengan perkara yang lain.


Sumber : Nota KBK 3073

Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan




Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan


Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka
yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah
penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa
terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengah
keadaan boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan.

Menurut Edward & Yvonne (2007) pula, pelajar yang menghidapi kecacatan pelbagai
mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang
yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya, seseorang
yang menghadapi keccatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi keccatan
pendengaran.

Kecacatan pelbagai ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan
yang melibatkan pendidikan, pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela
tertentu. Dalam IDEA, kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana program
pendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jenis
kecacatan sahaja (Richard, 2003).

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti
berlaku akibat daripada baka. Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula pada hubungan
seksual suami dan isteri. Umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan
kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia
berlaku dalam dua jenis pewarisan. Pertamanya, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi
oleh anak dan keduanya, ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami
kecacatan. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat
percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi
sifat cacat.



Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ’autosomal dominant’, 
di manapewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi keduaduanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus, 50  peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad, 2009).



Sumber : (Nota Modul KBK 3073)

Thursday, June 13, 2013

Syaaban





Syaaban beri kesempatan memperbaiki diri


Seakan tidak terasa bulan Rejab berlalu, kini kita berada dalam bulan Syaaban. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban untuk memperbaiki diri daripada cela dan Ramadan menerangkan hati dan jiwa.

Diriwayatkan oleh Aisyah: “Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada bulan Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)
Erti Syaaban

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya.

Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Bulan Syaaban adalah masa untuk berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki bulan Ramadan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Amalan digalakkan pada Syaaban

 
Antara amalan yang digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut hadis yang menyatakan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Malam Nisfu Syaaban

Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan zikir, membaca al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Bertaubat atas dosa pernah dilakukan terhadap Allah SWT, taubat nasuha iaitu janji tidak mengulangi dosa yang lalu dan berusaha melaksanakan janji itu dengan istiqamah.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Doa juga senjata umat Islam untuk berlindung daripada kejahatan. Diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.”