Friday, June 14, 2013

DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF

ADHD
DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF
(Attention Deficit Hyperactive Disorder )

 
 
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) adalah
 istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja 
yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif
dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan 
hubungan peribadi di sekolah dan ditempat kerja. Kesukaran ini mungkin
 disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak
 memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).
 
 

Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam 
Natural Treatments for ADD and
 Hyperactivity, bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya
 berterusan  bergerak dan berterusan mengganggu. 
Pemikiran merawang  dan mengembara kerana rangsangan
 yang ada. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk 
menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala
tugasan. ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan 
mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka. 
Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical Manual–US), 
hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun,
 berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah
 tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, 
tumpuan yang singkat, pergerakan tangan dan kaki yang kerap,
 menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik 
(American Psychiatic Association, 1987). Selain itu, menurut 
Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah  kanak-kanak yang mempunyai
 kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya 
kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan
 tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar.
 
 
 

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan
 kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan 
perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai
 ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih 
kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan 
pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa
 dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang,
 lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. 
Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) 
digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk 
menggambarkan masalah yang lebih serius dan 
berpanjangan pada kanakkanak.
 
 

Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali
 jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori
 kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam
golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan
 mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti
 kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. 

 

 
Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan
 untuk menggambarkan ADHD. Justeru itu, kanak-kanak ADD
 tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan
di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan
 dapat di kawal oleh guru.


http://oze.my/memoplusgold/wp-content/uploads/2012/11/14220358_s.jpg


Sumber : Nota KBK 3073

No comments:

Post a Comment