Friday, June 14, 2013

PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN


PENDIDIKAN YANG
 DISARANKAN  UNTUK MURID 
PELBAGAI KECACATAN


a.Kurikulum secara individu dan bermakna

 
Kurikulum bermakna adalah sangat sesuai dibekalkan kepada 
setiap murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai kerana
 bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi dan tahap
untuk mencapai matlamat tersebut. Walaubagaimanapun, 
kurikulum ini secara kronologinya mestilah bersesuaian dengan 
tahap umur dan tahap pembangunan latihan yang bersesuaian.


Oleh itu, strategi dan aktiviti perlu dirancang dan direka untuk
 meningkatkan langkah-langkah pembelajaran murid-murid.
 Contohnya; murid yang berumur lima belas tahun mempunyai
pengalaman dan belajar jenis permainan di tahap usia remaja 
bukan tahap murid-murid pra sekolah, walaupun tahap kemahiran murid-murid
 tersebut adalah di tahap kanak-kanak pra sekolah (Heller, 2005)



b.Membuat kurikulum teras yang bermakna



Murid-murid pelbagai kecacatan memerlukan kepada pengalaman 
kurikulum yang sama dengan rakan yang tidak cacat yang lain. 
(Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001). Tanpa pendedahan 
tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik 
dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. 
Bagi menentukan kurikulum yang bermakna dibina
kepada murid-murid tersebut, kumpulan dan pengamal pendidikan 
khususnya dalam pendidikan khas perlu bekerjasama untuk 
mencapai matlamat dan objektif dengan menganalisis 
aktiviti kurikulum yang sesuai.



c.Pendekatan pendidikan kolaborasi (Kerjasama)


Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting
 dalam pendidikan khas. Bagi murid yang mengalami kecacatan
 pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional adalah amat
penting dan perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan terkini.






d.Penglibatan keluarga yang aktif




Perkara yang paling penting dalam program pendidikan biasanya

 melibatkan ahli keluarga. Keluarga merupakan orang yang penting
 dalam pembangunan program individu yang berkesan
kerana merekalah yang paling rapat dengan murid-murid tersebut dan 

mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku mereka.




 STRATEGI MEMASTIKAN KEMAJUAN
 MURID PELBAGAI KECACATAN



Dalam memastikan kejayaan dalam kurikulum, terdapat 
lima perkara yang berkaitan dengan kejayaan penyertaan iaitu :




 Kolaborasi bersama dengan guru dan ibu bapa di dalam bilik darjah.




 Mengajar dengan kemahiran yang baru di dalam pendidikan.




  Menerapkan nilai-nilai persahabatan di kalangan ali keluarga
 yang terlibat dan kanakkanak berkenaan.



 Memberi galakan yang positif kepada murid tanpa mengambi

 kira kecacatan yang mereka alami.




 Mengadaptasikan murid-murid dengan kurikulum yang bermakna






Strategi dan modifikasi






Antara strategi yang perlu dilakukan bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai
ialah :




 Intervensi awal adalah diperlukan – intervensi ini perlu dilakukan dengan cepat iaitu
sewaktu kanak-kanak memulakan persekolahan.




 Penglibatan ahli professional, contohnya ahli terapi, terapi bahasa dan pertuturan, psiko
terapi dan pakar-pakar berkaitan.




 Pendekatan kumpulan di peringkat sekolah yang melibatkan agensi luar atau
perhubungan komuniti.




 Pengurusan fizikal di dalam kelas yang memerlukan penyesuaian diri kanak-kanak yang
baik. Menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang canggih.




 Integrasi bersama rakan sebaya adalah amat penting dalam membantu proses
pembangunan sosial kanak-kanak kecacatan pelbagai. Adalah amat penting untuk
mengintegrasikan kanak-kanak ini sekerap yang mungkin.





 Penyelidikan dibuat untuk menandakan murid tersebut menghadiri di dalam komuniti
sekolah dan melibatkan diri dalam aktiviti yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Ini
merupakan proses pembinann kemahiran social dan boleh ditingkatkan.




 Memastikan murid-murid kecacatan pelbagai mempunyai rasa hormat dan menjadi
tanggungjawab guru untuk mengajar dan menanam rasa hormat kepada murid-murid di
dalam kelas




 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu dirancang dengan sistematik dan perlu
diubah mengikut pencapaian murid tersebut




 Rancangan keselamatan perlu dibina dan selalaunya termasuk di dalam Rancangan
Pengajaran Individu (RPI)




 Penjagaan yang rapi diperlukan sekiranya berlaku di luar jangkaan
dan bagi

memastikan keadaan murid-murid sentiasa terkawal.



Sumber : Nota KBK 3073
 
 
 

No comments:

Post a Comment