Friday, June 14, 2013

Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan




Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan


Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka
yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah
penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa
terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengah
keadaan boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan.

Menurut Edward & Yvonne (2007) pula, pelajar yang menghidapi kecacatan pelbagai
mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang
yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya, seseorang
yang menghadapi keccatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi keccatan
pendengaran.

Kecacatan pelbagai ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan
yang melibatkan pendidikan, pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela
tertentu. Dalam IDEA, kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana program
pendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jenis
kecacatan sahaja (Richard, 2003).

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti
berlaku akibat daripada baka. Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula pada hubungan
seksual suami dan isteri. Umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan
kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia
berlaku dalam dua jenis pewarisan. Pertamanya, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi
oleh anak dan keduanya, ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami
kecacatan. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat
percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi
sifat cacat.



Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ’autosomal dominant’, 
di manapewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi keduaduanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus, 50  peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad, 2009).



Sumber : (Nota Modul KBK 3073)

No comments:

Post a Comment