Thursday, July 4, 2013

Kelebihan Istighfar






Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 

“Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: 
“Barangsiapa memusuhi kekasihKu,
 maka Aku memberitahu kepadanya
 bahawa dia akan Aku perangi.
Dan tidaklah seseorang hambaKu itu 
mendekatkan diri kepadaKu dengan
 sesuatu yang amat Aku cintai lebih
 daripada apabila dia melakukan apa
 yang telah Aku fardhukan kepadanya. 
Dan tidaklah seseorang hambaKu itu
 mendekatkan diri kepadaKu dan melakukan 
perkara sunnah sehingga akhirnya 
Aku mencintainya. Maka apabila 
Aku telah mencintainya, 
Akulah telinganya yang dia 
gunakan untuk mendengar, 
Akulah matanya yang dia
 gunakan untuk melihat, 
Akulah tangannya yang dia 
gunakan untuk mengambil dan 
Akulah kakinya yang dia
 gunakan untuk berjalan. 
Andaikata dia meminta sesuatu
 kepadaKu pastilah Aku beri, 
dan andaikata dia memohon 
perlindungan kepadaKu 
pastilah Aku lindungi.”

 (Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment