Saturday, January 25, 2014

Amalan sedekah tingkat ketakwaan

http://www.iluvislam.com/wp-content/uploads/2011/04/5637047140_46ee28af47_o.jpg

Amalan sedekah tingkat ketakwaan

 

 



Umar bin Saad al-Anmari berkata,
 dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: 





“Ada tiga perkara yang saya 
bersumpah dengannya.
 Pertama, harta yang disedekahkan 
tidak berkurang.
 Kedua, sesiapa yang dianiaya dan
 dia bersabar dalam deritanya, 
Allah SWT jadikan dia lebih mulia. 
 Ketiga, sesiapa yang membuka
 pintu permintaan, Allah SWT
 bukakan pintu kemiskinan untuknya. 





 
Dunia ini hanya untuk empat jenis manusia. 







Pertama, orang yang Allah SWT beri rezeki dalam bentuk harta dan ilmu pengetahuan, kemudian dia bertakwa kepada Tuhan, merapatkan hubungan tali kekeluargaan dan tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, itu adalah tingkatan manusia yang paling utama. 





Kedua, orang yang diberi Allah SWT ilmu pengetahuan tetapi tidak diberi harta, dan dia menyimpan niat yang benar, dan dia berkata: Jika saya mempunyai harta, saya lakukan kebaikan seperti yang dilakukan oleh si fulan. Disebabkan niatnya yang benar itu, dia diberi pahala yang sama banyak dengan pahala orang yang dijadikan contoh olehnya. 









Ketiga, orang yang diberi harta oleh Allah SWT tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan, kemudian dia menggunakan hartanya untuk perkara yang tidak diketahuinya, dan dia tidak pula bertakwa kepada Tuhannya, dan dia tidak suka merapatkan hubungan tali kekeluargaan, bahkan dia juga tidak tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, orang begini berada dalam kedudukan paling buruk. 





 

Yakin harta tak berkurangan 






 
Keempat, orang yang tidak diberi harta atau ilmu pengetahuan, dan dia berkata: Andai kata saya mempunyai harta, saya melakukan perkara buruk macam si fulan. Disebabkan niat buruknya itu, dia diberi dosa yang sama banyak dengan dosa orang yang dijadikan contoh.” (Riwayat Tirmizi, beliau menjelaskan ini hadis hasan sahih) 






Kita dituntut menjadi orang yang murah hati dan suka membelanjakan harta pada jalan Allah SWT demi mengharapkan keredaan-Nya. Jadi, Sebagai pendorong, kita perlu yakin harta yang disedekahkan tidak akan berkurangan. 






 
Abu Umamah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: 






“Hai manusia, 
percayalah, jika saudara sedekahkan
 apa yang lebih daripada saudara,
 itu adalah lebih baik untuk saudara.
 Tidak salah jika saudara hidup dengan
 ala kadar saja. Mulakan pemberian
 kepada mereka yang menjadi 
tanggungan saudara. Tangan yang memberi 
adalah lebih baik daripada tangan
 yang menerima.”


 (Riwayat Muslim) 



 
Malah, ilmu pengetahuan juga adalah anugerah tidak ternilai kerana ilmu dimiliki dapat memandu kita membina hidup yang baik, mengelak daripada melakukan perkara menyalahi agama seterusnya meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, gunakan kemampuan berfikir dan kelebihan rezeki dikurniakan untuk menjadi manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. 




Sumber 


 

No comments:

Post a Comment