Muslim patut baiki diri, ambil peduli kerosakan dalam masyarakat
Berdakwah,
menyuruh berbuat kebaikan dan menegah kejahatan adalah kewajipan setiap
Muslim. Insan yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar adalah insan
yang setia mengamalkan suruhan agama dan sangat bertakwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia yang paling baik adalah
yang
paling tenang, bertakwa, giat menyuruh kepada
yang makruf, giat
melarang kemungkaran dan
paling rajin bersilaturahim.”
(Riwayat Imam
Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia yang paling baik
adalah yang paling tenang,
bertakwa, giat menyuruh kepada yang makruf,
giat melarang kemungkaran da
n paling rajin bersilaturahim”
(Riwayat Imam
Ahmad)
Tugas dakwah ini tidak terletak di bahu individu atau
kelompok tertentu seperti difahami sesetengah orang. Ia tanggungjawab
dan kewajipan seluruh umat manusia kerana salah satu antara ciri-ciri
orang beriman ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kalian sebaik-baik umat
yang
dikeluarkan untuk manusia,
menyuruh kebaikan dan mencegah
kemungkaran
dan beriman kepada Allah.”
(Surah Ali-Imran, ayat 110)
Kita
pasti menepati watak umat terbaik jika berterusan menegakkan tugas
dakwah. Jika perkara ini tidak dititikberatkan dan tidak menjadi amalan
rutin dalam kehidupan sehari-hari, tentu kita akan termasuk dalam
golongan orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT.
Gambaran Muslim sejati
Seorang Muslim yang baik bukanlah hanya berbuat baik terhadap
diri sendiri, sentiasa beramal soleh dan membenci segala bentuk maksiat
tanpa ambil peduli terhadap kerosakan yang terjadi dalam masyarakatnya.
Muslim yang baik cenderung memperbaiki dan menerangi orang
lain demi kasih sayang kepada sesama manusia serta cintakan
kesejahteraan hidup masyarakat.
Inilah sebenar-benar Muslim
yang digambarkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:
“Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan
beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-’Asr, ayat 1-3)
Meskipun begitu, masih ada kekeliruan mengenai tugas mulia ini apabila
ada beranggapan tugas dakwah tidak wajar dilakukan dengan alasan dirinya
belum cukup baik. Anggapan demikian hanya akan membantutkan kegiatan
dakwah.
Jika harus menunggu diri menjelma sebagai manusia yang
serba sempurna, nescaya dakwah tidak mungkin dilaksanakan, orang yang
mengamalkan ajaran Islam tidak bertambah bahkan semakin berkurang,
manakala maksiat berleluasa tanpa halangan.
Kita harus mengakui
hakikat seorang insan tidak ada yang sempurna melainkan mempunyai
kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, jika ada peluang untuk mengajak
kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran, ia perlu segera dipenuhi
meskipun diri belum cukup baik serta sempurna.
Imam Hasan
al-Basri berkata:
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
bukanlah
bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling
soleh dalam kalangan kamu,
sebab aku juga pernah melampaui batas untuk
diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat
menyampaikan dakwah
apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan
kuranglah orang yang memberi peringatan.”
Diri tak sempurna bukan alasan
Daripada
Anas, katanya, kami bertanya:
“Ya Rasulullah,
kami tidak akan menyuruh
orang
untuk berbuat baik sebelum kami sendiri
mengamalkan semua kebaikan
dan kami
tidak akan mencegah kemungkaran sebelum
kami meninggalkan
semua kemungkaran.
Maka Nabi SAW bersabda:
“Tidak, bahkan serulah kepada
kebaikan
meskipun kalian belum mengamalkan semuanya
dan cegahlah dari
kemungkaran, meskipun
kalian belum meninggalkan semuanya.”
(Riwayat
Tabrani)
Diri yang tidak sempurna bukanlah alasan untuk lepas
tangan dan terkecuali daripada kewajipan berdakwah. Keengganan berdakwah
sementara dia mampu untuk melakukannya, hanya akan mengundang kemurkaan
Allah SWT.
TIDAK kira jenis bisnes, antara faktor yang menentukan kejayaan
adalah pekerja yang tekun, produktifdan boleh dipercayai. Pekerja
sebagai modal insan sesuatu syarikat merupakan faktor yang menentukan
sama ada syarikat meraih keuntungan yang tinggi atau sebaliknya, apa pun
jenis produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Produktiviti firma
terjamin sekiranya tenaga kerja memberi tumpuan penuh kepada tugas.
Dalam bahasa Inggeris ini dikatakan engaged.
Pembangunan kakitangan yang produktif melibatkan satu faktor bukan
kuantitatif, tetapi itulah yang membangkitkan semangat dan kemahuan
untuk bekerja bersungguh-sungguh. Pekerja yang tidak mempunyai semangat
ini tidak akan merasa sayang atau komited terhadap pekerjaan dan
organisasi. Jika firma tidak berusaha membangunkan semangat ketekunan
dan komitmen ini, tahap produktiviti dan seterusnya prestasi firma akan
terjejas.
Apakah yang menyebabkan sesetengah organisasi berjaya membina
semangat dan tumpuan kerja yang tinggi sedangkan yang lain gagal berbuat
demikian? Jawapannya terletak kepada sejauh mana majikan berjaya
memenuhi keperluan pekerja seperti pendapatan yang sesuai dengan
kelayakan dan kemahiran mereka dan juga perlindungan dan keselamatan
kerjaya. Selain itu, pekerja juga mahukan peluang untuk maju dalam
kerjaya dan jasa serta sumbangan mereka diiktiraf.
Pekerja yang produktif perlu merasa selesa bekerja, dilingkungi
persekitaran yang menggalakkan. Pekerja perlu yakin bahawa pihak
pengurusan prihatin dan senantiasa menjaga kesejahteraan dan
perkembangan kerjaya mereka. Sebarang ketidakpuasan mereka diberi
perhatian dan diselesaikan secara wajar.
Sebagai contoh, majikan yang mengamalkan sikap penyayang tidak akan
terus menghukum seseorang pekerja yang melakukan sesuatu kesilapan.
Kesilapan perlu dilihat sebagai satu peluang pembelajaran kendiri ke
arah produktiviti yang lebih tinggi.
Apa yang harus dilakukan ialah memberi teguran dan meminta pekerja
supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut. Dengan tindakan seperti ini,
pekerja akan komited dan setia kepada majikan yang telah menunjukkan
sikap bertolak ansur terhadap mereka. Pekerja akan sedar bahawa majikan
peka akan kepentingan mereka dan ini akan membangkitkan motivasi
intrinsik (dalaman) untuk bekerja dengan baik.
Usaha bagi menarik minat pekerja untuk memberikan tumpuan penuh
kepada tugasan harian harus dilaksanakan secara berterusan. Strategi
berterusan untuk mewujudkan budaya kerja yang memberangsangkan akan
meningkatkan prestasi pekerja, pencapaian dan penambahbaikan organisasi
secara berpanjangan. Budaya seperti ini akan melahirkan pekerja yang
senantiasa asyik melakukan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan
aktif, ceria dan pantas.
Pekerja yang produktif mempunyai integriti dan sikap yang betul
terhadap pekerjaan. Pekerja tersebut akan bekerja ke arah kecemerlangan.
Mereka tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan dengan sikap
positif, tidak sombong atau cepat berpuas hati. Mereka setia kepada
organisasi, mengamalkan meritokrasi, dan mahu belajar secara berterusan
dan mengikuti perkembangan teknologi supaya tidak menjadi redundan.
Ada beberapa cara untuk membangunkan kumpulan pekerja yang bersifat
engaged. Antaranya, pengambilan pekerja yang sesuai. Pengambilan pekerja
adalah satu perkara yang amat penting. Pekerja mestilah mempunyai
kelayakan, bakat dan sikap yang sesuai bagi organisasi tersebut.
Set kemahiran mereka mestilah memenuhi keperluan bisnes. Selain itu,
beberapa insentif yang menarik disediakan oleh majikan, seperti
kenaikan pangkat dan gaji, bonus, anugerah, dan sebagainya, supaya
ketekunan pekerja kekal sepanjang karier dan tidak pudar setengah jalan.
Ketekunan pekerja mempunyai kaitan dengan produktiviti atau hasil
bisnes. Pekerja akan paling tekun dan komited jika mereka
dipertanggungjawabkan dengan penuh kepercayaan dan mereka sendiri boleh
memantau dan mengukur hasil prestasi kerja mereka. Justeru, produktiviti
pekerja harus diukur secara sistematik dan pekerja sedia maklum akan
penilaian ini. Sistem penilaian produktiviti pekerja harus jelas, konsisten dan
dilakukan secara berkala. Prestasi yang dicapai dimaklumkan kepada
pekerja oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa. Dengan cara ini,
pekerja tahu yang mereka senantiasa diperhatikan dan dipantau. Mereka
akan lebih berusaha untuk menunjukkan prestasi yang baik.
Pekerja akan menjadi fokus apabila matlamat pencapaian bisnes
berpadanan dengan matlamat pencapaian diri. Bagi tujuan ini, komunikasi
yang efisien antara majikan dan pekerja adalah penting. Pekerja harus
dibekalkan dengan garis panduan dan semua maklumat tentang pekerjaan
yang dijalankannya. Pekerja juga perlu memahami dengan baik semua rutin
dan proses-proses kerja supaya pekerja jelas bagaimana usaha dan
ketekunan mereka mempengaruhi pencapaian matlamat dan prioriti bisnes
firma berkenaan serta output yang dikeluarkan.
Pekerja harus juga disokong dalam menjalankan tugas. Bimbingan dan
tunjuk ajar harus mudah untuk diperoleh. Ini akan mengurangkan stres.
Penyelia harus dapat membantu jika pekerja mengalami masalah, khususnya
teknikal.
Sekiranya teknologi baharu diperkenalkan, latihan menggunakannya
mestilah cukup. Kesulitan yang dihadapi berhubung dengan proses kerja
baharu mestilah diberi perhatian yang wajar oleh pihak majikan. Penyelia pekerja yang terdekat mestilah menggunakan prinsip-prinsip
kecerdasan emosi dalam perhubungan dengan pekerja. Penyelia mesti dapat
berinteraksi dengan baik, saling menghormati dan memahami pekerja, dan
maklum akan tugas dan kekangan pekerja. Penyelia harus menunjukkan yang mereka benar-benar mengambil berat
tentang pekerja, dan mendengar masalah serta bersedia menerima idea dan
cadangan mereka.
Budaya pekerja yang tekun hanya akan terhasil jika pihak pengurusan
senantiasa meningkatkan prestasi mereka sendiri dalam memimpin pekerja.
Majikan yang menaruh kepercayaan terhadap pekerja akan mendapati bahawa
pekerja juga akan menaruh kepercayaan terhadap majikan.
Pekerja mesti yakin bahawa majikan akan melindungi dan memelihara
kepentingan mereka dalam semua aspek. Ini termasuk pakej gaji dan
kenaikan pangkat, termasuk juga kebajikan keseluruhan seperti tanggungan
kesihatan, kemudahan rekreasi, dll.
Pihak pengurusan hendaklah menghormati semua pekerja dalam organisasi
tanpa mengira kedudukan mereka. Idea, pandangan dan usaha sukarela
pekerja diakui dan dihargai. Masa lapang dan masa cuti pekerja dan
komitmen terhadap keluarga dihormati. Dengan keprihatinan seperti ini,
pekerja akan sanggup melakukan kerja lebih daripada apa yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan disertakan bersama nilai
tambah masing-masing untuk kebaikan firma.
PERKARA penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita
peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki
itu.
Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal
dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya
di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.
Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud
rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah
SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat
dan halal.
Antaranya;
1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa
kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang
dibuatnya."
(riwayat at-Tirmizi).
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.
2 Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Sesungguhnya Allah SWT senang
melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang
halal."
(riwayat Adailami)
3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Barang siapa tertimpa kemiskinan,
kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan
tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya
kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun
lambat."
(riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
4 Memperbanyakkan beristighfar
Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka
Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap
kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang
tidak pernah disangka-sangkanya."
(riwayat Imam Ahmad)
5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah.
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki Auf bin Malik al-Asyjaiy
telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, Auf datang mengadu
kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata:
" Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa
quwwata illa billah. "
Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan
Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah
SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan
membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya.
(Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)
6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Jika kamu bertawakal kepada Allah
dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada
kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang
berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya
dengan perut kenyang. "
(riwayat Bukhari)
7 . Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Ada tiga hal yang aku bersumpah
kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka
perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana
sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan
Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan."
(riwayat al-Tirmizi)
8 . Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam
Firman Allah SWT bermaksud: " Hai orang-orang mukmin, jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu."
(Muhammad: 7)
Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai
jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak
sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat
ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk
mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.
Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya.
Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah
kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan
berkat.