Sejarah Bahasa Kesusasteraan
Dan Kebudayaan Melayu
FORUM 1 : Moderator : Azhar bin Wahid
Soalan :
Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep kaum dan bangsa Melayu.
Assalammualaikum
wbt dan Salam Perpaduan 1Malaysia
Ada banyak pendapat mengenai konsep kaum.
Kebiasaannya kaum atau bangsa merujuk pada kulit, agama, warganegara, mata,
rambut, bahasa atau salasilah keluarga. Ahli pemikir juga tidak sekata apabila
memberi definisi bangsa. Rakyat di Malaysia didominasi oleh lima bangsa
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India di semenanjung manakala Iban dan
Kadazan di Sabah dan Sarawak. Setiap bangsa ini diklasifikasi melalui pelbagai
simbol dan identiti yang sama.
Bangsa Melayu mempunyai definisi yang jelas di
dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu seorang yang beragama Islam, lazimnya
bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari
merdeka sama ada diPersekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia
bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Kita
kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang
berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala
Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada
Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.
Definisi kaum menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Cetakan Kesembilan (1993)
Dewan Bahasa Dan Pustaka kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian
daripada satu bangsa yang besar,suku bangsa. kaum juga diiktiraf sebagai
perkataan lain bagi bangsa. Malaysia sebagai salah satu negara berbilang
bangsa dan rakyat hidup dalam aman dan harmoni. 3
kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina
dan India telah menetap di
Tanah Melay u selama 5 abad. Malaysia
juga merupakan tanah air kepada kira-kira 80 kaum etnik terutama di
Malaysia Timur. Ini termasuklah Baba, Nyonya, Kadazan , Dusun, dan Iban.
Melayu
merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam
orang Melayu. Lahirnya perkataan Melayu daripada nama sebuah anak
sungai bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di
sanalah letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau
semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Dari segi etimologi, perkataan “Melayu”
itu berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” atau
pun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah mengatakan bahawa
perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi. Masyarakat Melayu
adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Di Malaysia, orang Melayu
didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini,
orang Melayu ditakrifkan sebagai:
- Seorang yang beragama Islam
- Bertutur bahasa Melayu
- Mengamalkan adat istiadat Melayu
- Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Takrifan
undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.
Menurut
Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu
itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar
serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi
etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
- Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
- Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
Selain
itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal
daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai
Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini
masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori ini disokong oleh beberapa
sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana
dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang
menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
- Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
- Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
- Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini
merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks
Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang
Melayu itu berasal dari Yunan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang
Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang
utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu
Deutro. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu
Brunei,Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu
Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu
Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di
Asia-Pasifik.
Perkataan
“Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang
bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untu
perkataan purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk
bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur. Catatan pegawai Portugis di
Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600,
merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6
lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.
Kaum atau
bangsa Melayu adalah teras di negara ini. Definisi orang Melayu ialah orang
beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili
raja-raja Melayu.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment