Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013


http://missmeowwcat.files.wordpress.com/2013/05/394271_182514378571095_2026028033_n.jpg?w=520

Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, mudarris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu’alim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.


http://www.bukuprima.com.my/imgCvr/i%20love%20you%20cikgu%20web.jpg 
Mudarris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ...
 (Maksud Al-Qur' an 11 :29)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman
 (Maksud Al-Qur'an 42:215)


Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPN9I70NoZFrfiRz-LhIpTmE-dqvi1Q-eoQntdZ8oz-96XA7rVt9jh_8EHXEU2Uf7IDVMywzDbnlS1wnlvr-pL60PTLzcOPPqSEXcqiJNHd-PESluMdDghrSqpY1cYxYjfK61gwHn91yk3/s640/slmthariguru.jpg

Guru membawa erti yang sangat luas dan tidak terhad. Jika dirujuk kepada istilah bahasa arab guru juga boleh diertikan dengan muallim, murabbi, mudarris, ustaz, muaddib dan mursyid. Yang mana setiap perkataan arab itu mustahil mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh muallim dan murabbi sekalipun kedua-dua perkataan itu secara umumnya membawa erti guru tetapi penggunaannya adalah berbeza dan jika dikaji kedua-duanya memberi peranan yang berlainan. Muallim lebih menjurus kepada sorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang-kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Berbeza dengan murabbi, seseorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”.

Oleh itu secara amnya, sesiapa sahaja yang menjalankan fungsi seperti di atas secara umumnya boleh dianggap sebagai guru hatta ianya sahabat atau adik kita sendiri. Guru membawa erti yang sangat luas. Cuma siapa yang betul-betul menjadi guru kita itu lebih penting.
Perkataan mursyid berasal dari bahasa arab, dari kata irsyada, iaitu memberi tunjuk-ajar. Dalam erti kata lain, mursyid bererti, seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk-ajar terutamanya dalam bidang kerohanian, dalam istilah para sufi.
Mursyid secara istilahnya (menurut kaum sufi), merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t., dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah.
Para mursyid dianggap golongan pewaris Nabi s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan pemurnian jiwa mereka (tazkiyah an-nafs), yang mendapat izin irsyad (izin untuk memberi bimbingan kepada manusia) dari para mursyid mereka sebelum mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid sebelum mereka dan seterusnya, sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w. (tanpa terputus turutannya). Oleh itu pada kebiasaannya, ia daripada keturunan ulamak.
Para mursyid bertanggung jawab bagi mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Antara ciri seseorang yang digelar mursyid adalah:-
  • Mempunyai ilmu agama yang jelas tentang perkara-perkara fardhu 'ain.
  • Dia merupakan seorang yang kamil dari sudut muamalah dengan Allah s.w.t.
  • Mendapat pengiktirafan /pengesahan dari mursyidnya (guru) yang diiktiraf (tidak putus dalam turutan pengajaran).
  • Manhaj tarbiah yang selari dengan panduan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Manakal dalam masyarakat Melayu, ustaz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolahmadrasahmasjidpondok dan sebagainya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD8MXO823iIrzXp0OC2Pd01Xla3PNUwiMxvSylLeTQ0R9FdLsYN3tB5FztygrbjCwKjkdEH4doweR6hR2cIHZMgTXCjgLpaQrxZOEfb6vjtFU4dKiUxmTDSFtq1nokWEta45Ip8QmEPdA/s400/kopi+cikgu.jpg


Tok guru pula merujuk kepada guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah.

http://cdn.images.trosworld.com/product/Sayang_Cikgu_dpn-240x367.jpg

Ibu Bapa adalah guru pertama anak-anak

Tidak dinafikan sekolah pertama kita adalah rumah kita sendiri, manakala guru pertama yang bertanggungjawab mendidik kita waktu itu semestinya adalah ibu bapa kita. Saya tidak nafikan ummi dan abah saya merupakan guru pertama saya yang mengenalkan saya kepada kehidupan. Malah ibu bapa merupakan ‘role’ model yang paling berkesan dan terpengaruh terhadap pembesaran akhlak dan budaya kehidupan anak-anak. Malah ibu bapa yang ingin menjadi guru yang terbaik bagi anak-anak perlulah mendidik diri mereka seawal mungkin bermula sebelum kelahiran anak-anak itu sendiri malah sebelum terbinanya baitul muslim.

 
Rasulullah Guru (Mualllim, murabbi mursyid muaddib mudarris) Teragung.

Seharusnya kita wajib untuk bersyukur kerana kasih sayang Allah telah mengutuskan seorang rasul-Nya yang telah melengkapkan keperluan hidup insan dan menyempurnakan akhlak seluruh umat manusia. Nikmat yang paling besar adalah nikmat iman dan islam itu sendiri. Kedatangan Rasulullah yang menjadi guru teragung umat manusia melengkapkan seluruh keperluan manusia. Seharusnya guru yang patut kita ingati adalah rasulullah s.a.w yang menjadi guru yang paling sempurna dan ‘role’ model yang tiada tandingan untuk kita contohi. Namun ingatan buat Baginda yang semakin hari semakin luput ditelan zaman menjadikan akhlak manusia ranap dan musnah, menjadikan manusia kembali kepada hidup yang tidak bertamadun dan rosak akidahnya? Siapakah yang harus dipersalahkan apabila rasulullah s.a.w bukan lagi idola bagi umat manusia manakala Allah bukan lagi matlamat hidup insani? Maka tidak mustahillah dunia hari ini adalah dunia yang semakin menuju kehancuran. Ya rasulullah, engkau guru teragung yang menerangi hidup manusia.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFxCrhhFI1APUSszSg_slHSCgRz5u6gMkHSUIpcPtd8QDM_c_ZP3dUEW9to8ukK2dgNkHP3dirRGFf_2_Qm4c6A1Jf_UjYEnB2leIyvqhGzylONxLrHMEgvjvz3IbOZTEk78C6pY1Fiq8_/s400/guru2.jpg
Guruku Sahabatku - Toko Buku Rohani Online - Penerbit Buku dan Majalah Rohani ANDIhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwu3M22ncJMtjjZtjjiEOCTXpoVnb86r1KrWy1Odklbm4eYJmbv7dMLFZ9SzeAapH7AB35GcHTa4GtBhO-UbJVEgB5KYCirrXxz79KNv3jkMPG80PB2NYCWzOg90sNGi1G7hMm9NtSdRmx/s1600/150506.jpghttp://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/p480x480/935771_382979158486661_602037735_n.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikEJ8520PIvg4nIKJLJm0GT7EAw1J-b-c0CbCQUeVXusG71fEBlaP90VQidmZxy-VwbBwqfg7c-od9JVILHkI91xj99gCQFLbwaryanM0ddWKduElbAFDHVAG-XLEpwUlM8siF6VAVaWg/?imgmax=800


p/s : 

Selamat Hari Guru 
buat guru-guru Malaysia. 
Semoga sentiasa bersemangat
 mendidik anak bangsa 
tanpa jemu dan putus asa.

No comments:

Post a Comment