Saturday, March 15, 2014

Bersederhana guna air ketika berwuduk

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/09/niat-wuduk1.png

Bersederhana guna air ketika berwuduk





Membazir atau boros menggunakan air memang
 berlaku dalam kehidupan seharian kita termasuk
 ketika berwuduk untuk menunaikan kewajipan 
solat fardu lima kali sehari semalam serta amalan
 lain yang memerlukan kita mengambil hadas kecil. 





 






Mungkin ada antara kita tidak melihat

 penggunaan air untuk berwuduk sebagai satu
 pembaziran kerana tumpuan lebih kepada memastikan 
wuduk yang betul, mengikut rukun serta tertibnya.
 Namun, tidak mustahil disebabkan itu kita
 menjadi orang yang membazir. 






Rasulullah SAW pernah menegur Saad kerana
 boros dalam penggunaan air dan pastinya teguran itu
 menimbulkan tanda tanya kepada Saad. 







Diriwayatkan, Rasulullah SAW pernah melintasi 

Saad yang sedang berwuduk lalu
 baginda bertanya:







 “Mengapa engkau berlebih-lebihan
seperti ini wahai Saad?
 Saad bertanya: 
Apakah dalam wuduk juga ada 
istilah berlebih-lebihan?
 Baginda SAW menjawab:
 Benar, sekalipun engkau 
berada di sungai yang mengalir.” 



(Riwayat Ahmad) 






 

Hakikatnya, dalam kalangan umat Islam 

di negara ini, menggunakan air yang
 banyak untuk berwuduk sudah menjadi kebiasaan.
 Ini mungkin disebabkan kita tidak mempunyai
 masalah mendapatkan bekalan air. 







 

Jika kita dalam kalangan yang mendisiplinkan diri

 dalam penggunaan air, lihat saudara di sebelah 
yang sedang berwuduk kerana akan ada yang
 membiarkan air paip mengalir deras.
 Mendengar bunyi jatuhan air yang laju pun 
kita sudah dapat mengagak pembaziran yang berlaku. 




 


Lupa untuk berjimat-cermat 





 






Keadaan berkenaan membuatkan kita lupa

 untuk berjimat-cermat, cuma, kebelakangan in
i apabila berlaku masalah bekalan air, baru kesedaran
 menjimatkan penggunaan air timbul termasuk
 mengehadkan air digunakan bagi berwuduk. 





 




Rasulullah SAW sudah mengingatkan 

umatnya mengenai sikap itu 
dalam sabda baginda:






 “Akan datang segolongan
 daripada umatku yang 
melampaui dalam hal 
bersuci dan berdoa.”





 (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah) 



 





Disebabkan kejahilan kita tidak rasa sedang

 melakukan kesalahan. Oleh itu,
 sebaiknya kita memelihara solat dengan memastikan
 permulaannya dimulakan dengan baik iaitu
 bersederhana menggunakan air untuk berwuduk.





 




Apabila kesedaran ini dapat mendisiplinkan kita, 

maka dalam perkara lain yang membabitkan
 penggunaan sumber alam juga kita akan
 sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati 
serta tidak berlebihan atau melampaui batas. 


Sumber



No comments:

Post a Comment