Thursday, March 13, 2014

Sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan



Sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan

PANDANGAN majoriti masyarakat hari ini terhadap hukuman sebat atau rotan yang terkandung dalam perundangan Islam banyak dipengaruhi oleh hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara-penjara masa kini. Lebih-lebih lagi, terhadap alat pemukul (rotan), cara-cara pukulan dan kesakitan yang dialami oleh penerimanya (pesalah).







Dalam Islam, hukuman sebat atau rotan itu terbahagi kepada dua bahagian:







1.Sebat dalam Hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah SWT.







2 Sebat dalam Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada seksaan-seksaan ta’zir, selain daripada seksaan hudud, qisas, diat dan kafarat dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi pengajaran.






Syarak tidak menetapkan sesuatu seksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan ta’zir. Tetapi memadai dengan menetapkan hukuman daripada serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya sebelum diserahkan kepada pihak pemerintah untuk menentukan hukuman yang sesuai.






Antara jenis kesalahan hudud yang telah
 ditetapkan hukuman sebat ialah:





1 Zina.






 Firman Allah SWT yang bermaksud:





" Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap- tiap seorang daripada kedua-duanya 100 kali sebat. '



(an-Nur: 2)







Penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat 100 kali adalah khusus bagi yang belum berkahwin manakala yang telah berkahwin, hukumnya ialah rejam.






2 Qazaf (menuduh zina). 






Firman Allah SWT yang bermaksud:  





"Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan. "


(an-Nur: 4)






Mengikut perundangan Islam, sesiapa yang menuduh seseorang itu berzina, maka dia perlu membuktikan kebenaran tuduhannya itu dan jika gagal hendaklah dikenakan seksaan. 






Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh maruah dan kehormatan seseorang. Tuduhan sedemikian akan mewujudkan kemarahan, persengketaan serta meruntuhkan rumah tangga dan keharmonian masyarakat. 






Bukan hanya anak-anak atau keturunannya akan menjadi mangsa, bahkan kerukunan dan kebahagiaan suami isteri akan roboh serta hancur. Oleh itu, amat wajar bagi orang yang membuat tuduhan palsu itu dihukum sebat dengan 80 kali sebatan.







Kesalahan ta’zir sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: 





" Dan perempuan-perempuan yang kamu 
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
 hendaklah kamu menasihati mereka, dan
 (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka
 di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) 
pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). '



(an-Nisa’: 34)







Keistimewaan hukuman itu bukan hanya tidak akan membebankan pihak berkuasa tetapi tidak menghalang pesalah selepas menjalani hukuman itu daripada berusaha mencari rezeki.







Malah, hukuman itu tidak akan menyebabkan pesalah itu meninggal dan membiarkan ahli keluarganya menempuh kesusahan serta keperitan hidup mencari nafkah, seperti mana dalam kes hukuman penjara.






Ini kerana hukuman sebat dilaksanakan serta-merta setelah disabitkan kesalahannya dan sesudah itu dibebaskannya untuk membolehkan pesalah itu menjalani kehidupan bersama-sama keluarganya.







Menyentuh kadar hukuman sebat, ulama Syafie berpendapat bahawa hukuman sebat dalam kesalahan ta’zir tidak boleh melebihi hukuman hudud dan sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang melebihi had ‘sekatan’ dalam kesalahan bukan hudud, maka ia termasuk bersama-sama golongan orang yang melampaui batas."






Sementara alat sebatan pula tidak terhad kepada satu jenis atau bentuk sahaja kerana ia boleh menggunakan rotan, pelepah tamar, ranting kayu atau hujung kain.
Sekiranya digunakan rotan, ia hendaklah sederhana ukurannya dan tidak yang pecah-pecah supaya tidak boleh mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah. 





Hakikatnya, tujuan sebenar hukuman itu bukan hendak mencederakannya tetapi bertujuan mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepada pesalah.
Hukuman rotan juga tidak boleh dijalankan pada masa dan keadaan cuaca yang sangat panas atau terlalu sejuk kerana dibimbang boleh membawa kebinasaan kepada pesalah.







Bagi kesalahan hudud adalah dikehendaki supaya dijalankan hukuman sebat di hadapan orang-orang mukmin dan ini ditegaskan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: 





" Dan hendaklah pelaksaan hukuman
 mereka disaksikan oleh sekumpulan daripada
 orang-orang yang beriman. "

(an-Nur: 2)



 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikoQBTbrrjo3qq1Sax7w-5w-Q7b9vztaIoh3Fxg6ut838uOaOctFuV6pOkzMgIpKLF8Fh6H9BOUiMsmx2D14o2Eh0qDtUcs0ba70uXM4JFKP-fCp3P9S7Rp3lWnszylo_vNkgvZnXRxNM/s400/rotan.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh97a1rztAWDxHzw0r0-i31-xSlr8vBFEkL3Rd3-D90rYHyXsyiy9ja8Vgke0vZ95IVvg6EPMJDLXcoKqL8TUcBtx5G8G1NmA-7Ysls33NpvBevA7PHVa_R3ZvNqqWA2YIXNsnQrynU0maO/s1600/tips+pukul+anak+dalam+Islam.jpg

No comments:

Post a Comment