Friday, April 12, 2013

Perkataan autisma

AUTISMA
    • Perkataan autisma berasal dari Bahasa Yunani (Greek) “autos” yang bererti sendiri.
    • Maka gejala “hidup dalam dunianya sendiri”.
    • Kekurangmampuan perkembangan atau developmental disability .
    • Autisma bukan satu jangkitan atau sejenis penyakit yang berjangkit.
    • Sebab-sebab Autisma tidak diketahui, kajian berterusan.
    • Meliputi semua jenis kaum, bangsa, etnik dan tidak kira taraf atau status.
    • Autisma akan dihadapi individu sepanjang hayatnya tetapi Diagnosa dan Intervensi pada usia yang awal ( early intervention ) terbukti sangat berkesan bagi memberi kehidupan lebih baik .
    • Statistik: 1 dalam setiap 150 orang kanak-kanak terlibat.
    • Kanak-kanak Autisma lelaki empat kali ganda lebih banyak berbanding kanak-kanak Autisma perempuan.
    • Jumlah penghidap Autisma lebih banyak daripada jumlah pesakit kanser pediatrik, kencing manis, dan AIDS digabungkan.

      • Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung
      • Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan atau dilakukan oleh orang lain.
        • Echolalia - Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
  • Tiada kontak mata
      • Gemar bersendirian
    Kontak fizikal, seperti sentuhan, lambaian, gerak isyarat, senyuman dan sebagainya tidak digunakan. Sensitif pada sentuhan Tidak suka dipegang atau dipeluk
  • Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, berjalan-jalan, mundar-mandir. Bermain dengan cara ganjil seperti suka mengatur mainan atau benda dalam satu barisan yang panjang
      • Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya.
      • Kadang kala mencederakan diri mereka sendiri atau rakan.
    • Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh di pulihkan dengan Intervensi Awal (Early Intervention).
    • Intervensi Awal cuma boleh di lakukan dengan adanya Deteksi dan Diagnosis Awal (Early Detection and Early Diagnosis).
    • Intervensi Awal (Early Intervention) mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak ini
  • Jenis-Jenis Intervensi Awal Autisma yang Mempunyai Bukti Saintifik yang Kukuh dan Berkesan.

No comments:

Post a Comment